Friday, November 11, 2011

Bangsatnya Hidup !!!!



aku hidup umpama kayu bila aku kenal diri kau . cukup ?? sampai bila aku nak rasa benda yang sama kalu aku cukup kenal orang yang aku kenal dulu dan sekarang. dulu dan sekarang ?? 


ibarat pohon dan akar. aku kini duduk di bahagia akar. dan kau duduk di bahagian pohon. mungkin aku duduk jauh berbeza yang aku rasa kau tinggi berada di atas. tapi aku percaya pada diri aku sendiri. biarpun setinggi mana pun , aku di hidupkan diri aku dengan sekuat akar biarpun berada di bawah. 


hidup aku di bulatkan dengan dunia yang lain , biar pun 8 tahun sudah berlalu. tidak lagi sama seperti dulu hidup aku di canang kemeriah dan risikan hidup belaian emas yang kau kejar-kejar......



"tuhan izinkan aku berlari sekuat hati di jalan yang kosong dan lurus , kalu itu yang membuatkan jiwa aku rasa kosong di mamah perasaan benci dan rasa bangsat hidup yang kusut ." 

Tuesday, November 1, 2011

Pria pujangga Sara #part2

Kini hampir 4 tahun aku tidak menjejak kan kaki aku di negeri sendiri. Mungkin aku sendiri membawa perasaan capek yang selama ini aku tanggung bertahun tahun.

“Ya Allah , kini aku berada di hadapan seorang pria yang aku pernah suka dan cintai !! mungkin ini titik tolak yang aku tunggu dan penantian selama 11 tahun ya Allah ? “

Semuanya bermula dari laman omongan aku berhubung dan bertemu bersama pria pujangga yang sekian kapan aku tunggu selama ini. Aku tidak dapat bayangkan perasaan aku sebagai seorang cowok bila pria pujangga yang kita sayangi berada di hadapan kita.

Aku di beri peluang dan mendekati si pria lebih dekat. Hanya Allah sahaja tahu perasaan aku ketika itu. Ayat dan setiap omongan aku di susun rapi. Aku di hiasi omongan gurauan dari si pria yang selama ini aku menganggapnya seorang yang sombong dan garang.

Tapi semua berada di luar jangkaan kotak pemikiran aku. Mungkin itu namanya kenikmatan cinta yang perlu aku alami sebelum ini. Tapi sayang, mungkin itu 11 tahun dahulu. Tapi sekarang tidak. Aku meletakkan diri aku seorang cowok yang mahu mengenali si pria dalam keadaan normal seperti manusia lain.



p/s : bumi boleh menjadi terbalik akibat putaran. Begitu juga dengan cerita. Terima kasih sara.

Pria pujangga Sara #part1

Di bangku sekolah Dulu aku cowok yang tidak mengenal erti apa-apa tentang cinta. Mungkin tidak lagi, bila hadir nya seorang pria pujangga yang hadir dalam hidup aku. Aku kepilkan dan bingkiskan kisah hidup aku tentang pria yang menarik perhatian aku se awal umur aku mencecah 12 tahun. Semuanya bermula dari rakan-rakan yang mendiskripkasikan kisah hidup aku dengan seorang pria pujangga.

Terbitnnya perasaan benci seawal usikkan kawan-kawan aku . kini mood aku bertukar menjadi seorang cowok yang tergila-gilakan cerita cinta ala-ala korea. Mungkin tidak sehebat itu. Tapi pria yang aku kenali tidak seganteng mana sepertia pria-pria yang lain.

Sepanjang aku kenali pria pujangga, aku tidak dilayan. Namun aku cowok yang bukan menjadi pilihan pujangga . mungkin aku tidak secantik mana , tambahan pula. Aku merupakan cowok yang lebih tua berbanding si pria yang bezanya merupakan satu tahun lebih muda.

dalam satu ketika aku hadirkan diri aku ke kantor sekolah semata-mata untuk mecari alamat pria pujangga, tarikh pria di lahirkan kan dan no talifon mobil rumahnya. Aku tidak berputus asa. Malah aku menghubungi pria melalui mobil nya. Tapi biar tuhan saja yang tahu , isi hati aku sebagai cowok. Aku tidak di layan. 

Aku seorang extrovert

Aku seorang extrovert

Untuk apa aku menjadi seorang hipokrit.
Semuanya lebih mudah bila aku menjaja diri aku sebagai seorang yang extrovert (terus terang)
Tak  perlu nak simpan apa-apa perasaan,
Tak perlu aku nak susahkan diri menceritakan hal keperibadian di lubuk hati,
Meraih simpati ? bukan cara aku,
Di maki , dicaci …
Aku untuk diri orang lain, perlu ke ??
Bila aku menghamparkan diri aku seluas permaidani,
Sebab aku seorang extrovert.



Wednesday, October 5, 2011

kau dan alam baru, tahniah

makin hari kau makin dewasa,
tapi aku tak tahu di mana letak nya dewasa itu,
akal ? minda ? umur ? tubuh badan ? atau pemikiran ??
mungkin bermulanya dari  huruf A sampai ke huruf Z
usulnya sejak jejak ke dunia global dan intelek..


kau hebat, tapi aku tidak.
mungkin datangnya aku dari dunia lain,
membuak-buak nama kau di apung-apungkan,
jangan lupa wahai kawan...


kau sangat hebat , aku tahu !!
jika aku mengambil sebatang pembaris,
aku mengukur di mana tempat kau berada..
sayang sekali ,aku semakin di mamah ke belakang,
dan aku di tolak dan di carik-carik.
musnah dari padangan memori kisah dulu..




dewasa kini,
aku pejam mata, dan aku lelap seketika,
hidup di boleh di ubah ke depan dan ke belakang,
aku tatap wajah kau,
dan aku mengangkat ke dua-dua belah tangan,
lalu berdoa dan aku sujud...




"biarpun  kita tidak seperti dulu , aku memohon kepada tuhan, jangalah kau putus kan perantaraan antara aku sebagai kaum adam , dan dia sebagai kaum hawa di muka bumi. kerana aku mendewasakan diri dengan memahami erti penghargaan dan menghargai "

Friday, September 30, 2011

Di bahagian malaikat dan iblis

   '' anda mempunyai pilihan, hidup manusia tidak sama seakan malaikat dan iblis, begitu juga sifat sepunyai. tapi kita menjadikan hidup kita seperti bertopengkan iblis dan bercirikan malaikat, untuk apa - hipokrit "


seawal pagi aku capai tuala sambil pegang erat sebakul yang berisikan sabun mandi,pencuci muka, dan berus gigi. jejak nya kaki aku ke tandas, cermin merupakan pandagan pertama aku untuk kenal siapa diri aku. mungkin omongan kosong yang dapat aku cerita. aku ni kurus ke, gemuk ke, tinggi ke dan siapa diri aku ???


aku tatap muka aku dan aku rasa nya ia sendiri . tapi tak sama dengan jiwa aku. aku mula terfikir. selama ni aku hidup berpandukan apa ?? aku cuma berlakon di depan orang ramai yang selama ni orang anggap aku yang bersifat sederhana.  hebat !!! dan suka !! kawan ingat kau bukan di cipta khalaf di muka bumi ini untuk menjadi iblis. 


kenapa aku ?? tidak orang lain !! tuhan ciptakan aku dengan orang lain sama. aku di cipta untuk membezakan makluk tuhan yang ada. binasa !!

Saturday, September 24, 2011

pecahnya botol kaca hitam

aku juga manusia yang ada hati dan perasaan. hidup siapa tak sempurna kalu tidak di kurniakan perasaan untuk merasai sedih dan gembira. binatang juga mampu merasai perasaan begitu. umum nya aku tak pernah kisah sepanjang aku kenal kau , apa kau buat dan apa yang kau sendiri nak. 


tapi sayangkan... aku bukan seorang manusia yang mampu mengikut turut kata apa yang aku cuba sampai kan dan buat kau faham. aku dan kau merupakan sebahagian diri masing-masing, tapi membezakan kita ,belum cukup sempurna. 


mungkin bukan aku orang yang di pilih. aku tak pernah nak letak kan diri aku sendiri seperti manusia yang memegang tongkat sakti yang punyai kuasa ajaib mampu buat kau tersenyum. bila aku tanya pada diri aku sendiri jika aku tujukan sesuatu soalan , jawapan yang aku terima ada berbentuk "?" , "?" dan "?"....


mungkin aku sendiri tak suka apa yang kau mempersoalkan dan apa kau buat pada kejadian tersebut tanpa aku sendiri tidak tahu . rasa di perbodohkan ibarat manusia yang baru lahir ibarat katak di bawah tempurung.semua berlaku secara tiba-tiba.


betul!! tak semua benda aku perlu tahu. jadikan lah aku patung yang tak mampu berkata apa-apa setelah aku tahu benda itu sendiri. ( tak semua benda kita perlu tahu ) hati sapa tak pecah seperti botol kaca yang jatuh. benak hati menjadi hitam untuk rasa semua perasaan yang tuhan kurniakn....

Sunday, September 18, 2011

permainan tamat


bukan kali pertama bukan kali terakhir. aku mungkin di acu seperti itu.....

Thursday, September 15, 2011

bukan batu tapi manusia



pada awalnya aku dibekal kan dua batang rokok untuk di tuju. sepanjang perjalan tu juga. aku menghembus  ke dua-dua rokok tu sampai menjadi puntung. penat !! bukan penat untuk memandu .tapi aku di pandu rakan aku sendiri.


duduk aku di bangku kerusi. aku di sapa kedua orang tua. dari segi riak wajah nya. berbeza manusia yang aku rasa aku jumpa sebelum ni. keringat keluarga yang penat lelah mencari rezeki untuk anak mereka sendiri sampai ke puncak menara gading biar pun lepasa ijazah mahupun langkah ke negara orang.


"abang tolong angkat barang to ke depan "




tuhan kurniakan aku hati yang lembut . aku pandang dan aku lihat perbuatan yang berlaku di depan mata aku sendiri sambil melihat wajah yang hendak aku tatap . mungkin bukan cahaya aku nampak. tapi seorang anak muda yang cekal, tabah, biarpun yang selama ni aku sangka kan manusia yang di kelompokkan dalam manusia yang keras si seperti batu.


aku bukan seperti begitu. mungkin aneh bagi aku sendiri. kehidupan manusia bukan saja percaya kepada karma, tapi di susun oleh tuhan . corak hidup kita sendiri. aku sendiri inginkan begitu. tapi aku sendiri di acu oleh tuhan sehingga kini. dan aku sendiri yang mampu ubah diri aku.






aku tabik sahabatku

Tuesday, September 13, 2011

Tipu vs Hipokrit

aku yakin dan pasti.setiap manusia pernah menipu. istilah menipu di kaitkan dalam kehidupan diri kita sendiri adalah kelentong.tipulah kalu aku sendiri tidak di label kan sebagai manusia yang hipokrit. mungkin istilah hipokrit itu terlalu besar bagi diri aku dan mungkin bagi khalayak umum. bagi orang yang bercinta, istilah tipu di gunakan akibat salah faham bagi kedua mempelai yang konon nya mengalah kan orang yang dah berkawin mendirikan rumah tangga. mungkin dari segi ceritara yang aku sendiri nak ungkapkan dalam cerita semua berkaitan dengan aku. mungkin ?? mungkin tidak ?? semua berkaitan dengan tipu dan hipokrit.




TIPU


aku kenal kau tak lama, buat masa sekarang ni hampir12 bulan untuk kenal diri kau sendiri. tapi mungkin bukan sepenuhnya mungkin separuh. mungkin aku tahu biar pun selama aku hidup di samping kau selama 12 bulan tak cukup kenal, tapi aku tahu erti tipu dalam kehidupan seharian aku. mungkin jika aku mengistilah tipu itu kepada tahun, mungkin aku kenal tipu itu lebih bertahun-tahun . mungkin ada kebaikan. kau kelentong (tipu ) aku sebab kau sayang aku. semua nya menglibatkan berkenaan dengan perasaan dan hati. tidak semudah yang di jangkankan untuk menjaga hati. sanggup menipu untuk menjaga hati orang. mungkin benda ni betul. tapi semuanya bergantung kepada keadaan.


HIPOKRIT


bagi aku hipokrit lebih keji berbanding dari jadi penipu. rasa diper bodohkan  bila diri di ' menganjing' orang lain. apa masalah yang timbul dan persoalan yang nak di persoalan kan pada diri sendiri untuk jadi seorang yang hipokrit. untuk ke baikan orang lain. dendam ?? yang rasa hidup berdendam ni sampai tak ada penghujung jalan dalam diri aku dna kau sendiri. mungkin itu jalan yang terbaik. hidup bergelumang ber pangkatkan HIPOKRIT . mungkin aku dan kau di kategori kan sebagai manusia yang bertopengkan iblis dan syaitan. tapi datang buruk nya dalam diri aku sama ada kau , bila ter kantoi membuat sesuai kerja yang tak ada istilah clean job.semua tidak sempurna. biar pun dari segi percakapan. padangan mahupun sebaliknya. 




aku cuma mengunggu..

Thursday, August 25, 2011

kita berkawan biasa. boleh ?

"apa keputasan kau?"
"kita berkawan biasa, boleh ??"
"boleh aku tahu kenapa ?"
" sebab aku tak sanggup dah nak dengar benda pelik-pelik dan apa aku sendiri nampak."




aku nak kau berubah. mungkin dengan kawan biasa pun manusia mana pun boleh berubah. betul tak ?? sekurangnya kau tak mengharap aku seratus peratus untuk berubah. mungkin kau dah cukup kuat untuk berdiri pijak di bumi yang nyata. kau pun dah besar. boleh berfikir. kawan biasa pun dah memadai.




aku ibarat manusia yang dahulu nya di bekalkan kain putih yang suci. tapi tidak sama seperti sekarang. apa yang kau nampak, apa yang kau sendiri baca . sekarang ni aku merupakan sehelai kain bukan lagi berwarna putih. sedangkan aku sendiri memilih jalan tersebut. memang ternyata. tuhan mengurniakan sifat wanita dan lelaki yang berbeza dan tidak sama. aku yang tidak mempunyai apa-apa dalam hidup aku, kini ibarat hidup merempat di tepi jalan. hidup aku seperti sampah. lebih teruk dari sampah. 


mungkin persoalan nya kenapa aku berbuat begitu ?? kau menunggu sesuatu jawapan yang tepat dalam diri kau ?? kau juga menganggap diri kau paling terseksa apa yang engkau alami. aku tetap beralah. sedangkan aku hidup dengan tangan kosong. apa aku dapat ?? semata-mata aku sayangkan kau. aku sendiri akur yang aku melalukan kesilapan. aku tahu keputusan yang tetap kau berikan adalah muktamad " kita berkawan biasa".


perempuan
aku tidak memaksa dia untuk mencintai aku.perempuan itu sendiri faham keadaan aku . kenapa tidak kau ?? aku buktikan yang aku tidak berdamping dengan dia biar pun perkataan sayang di keluarkan dari mulut masing-masing. aku tahu hati kau, bagaimana pula hati aku ? aku tersepit kau tahu. aku cuba untuk mengubah haluan.dari aku cuba terus menipu kau. 


gambar
aku terdesak, dan aku tersepit. itu membuktikan yang aku sendiri membuat kesilapan. kau mahu aku berubah.   aku cuba buat kau bahagia.tapi kau tak nak aku sendiri sedih sebab kau. apa perlu aku buat. aku tahan apa yang aku nampak,sampai satu saat. biarpun aku tidak di beri tahu, aku tahu benda tu akan terjadi. tapi aku tidak pernah mengungkit atau mempersoalkan soalan tersebut.aku juga mempunyai perasaan terdetik untuk bertanya. apa HAK aku ? mungkin aku sendiri terlepas untuk bertanya, jawapan yang kau berikan tidak memuaskan apa yang aku harapkan jawapan aku keluar dari mulut kau sendiri. "bicara soal HAK "






aku meletakkan diri aku 100% menjadi kesalahan aku sepanjang kenal bersama kau.sebab aku tidak tahu apa yang perlu aku tuturkan dari mulut aku sendiri. 

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan pergi,Eid kembali

 Ramadhan pergi meninggalkan kita. lagi sekali  aku di sambut dengan  bulan keberkatan bersama meyambut Eid pada tahun ini. mungkin ini rezeki aku di panjang umur untuk bertemu bulan al- mubarak yang penuh berkat.siapa tahu aku di hitungkan hari untuk meninggalkan dunia pada hari mulia ini. dan siapa sangka aku di temani keluarga aku sendiri bagi meraikan hari raya setelah lepas dari azab tahan lapar dan dahaga selama sebulan. mungkin aku tidak tahu apa maksud sebenar apabila berpuasa dia bulan ramadhan. yang aku tahu tidak makan dan tidak minum dan menahan nafsu. mungkin aku tidak di kurniakan NUR dari Allah s.w.t. sampai satu saat mungkin aku di berikan hidayah untuk mengetahui  maksud sebenar erti berpuasa. 


"tadah tangan aku mengadapmu ya tuhan, di tambah di panjatkan doa, agar puasa aku di berkati, biarpun aku di cipta sebagai makluk yang menurut perintah mu ya Allah yang lemah.mungkin aku tidak sempurna bagi di sisi mu ya Allah. tapi aku bersyukur menjadi hambamu yang kenal erti kesyukuran...."

Wednesday, August 17, 2011

Aku Tak Bersedia



"weh aku suka dekat kau la lelaki" 
" tapi aku tak bersedia lagi perempuan, sebab aku tak dapat lupa bekas teman wanita aku "
"tak apa aku faham, mungkin dalam keadaan kita macam ni pun dah memadai "
"maksud kau perempuan ? " 
" bagi aku dah cukup sempurna biarpun bergelar kawan rapat, aku rasa selamat bila di samping kau lelaki,mana aku pergi kau tetap ada,msg pun dah cukup "
" habis tu perempuan kau sanggup ke terima tomahan orang ramai biarpun orang tahu yang aku tak dapat lupa tentang bekas teman wanita aku sendiri"
" aku tetap bersama kau lelaki"




apa perlu aku buat ?? aku tahu pergorbanan kau terhadap aku besar sangat. sampai kan kawan -kawan semua fikirkan kita merupakan pasangan  yang lengkap di mata orang ramai. seperti pasangan yang lain. tapi aku senang. biarpun kita dekat kau tambat hati aku biarpun duduk bersebelahan. cara padangan kau , kata-kata yang keluarkan dari mulut kau sendiri perempuan. aku terpegun. yang dulunya kau tidak seperti ini. aku titipkan bersama doa. kau mendampingi aku suatu hari nanti perempuan. dan aku berharap, aku tidak seperti lelaki yang sebelum ini kau pernah dampingi perempuan. aku dah dia tidak jauh beza. situasi aku dan dia juga tidak berbeza. cuma kau menentukan segalanya..



aku - suka dan dilemma

Friday, August 12, 2011

Pemergian Satu Penghormatan

" kalu aku tak ada, kau tolong jaga dia. tengok-tengok kan dia.ahaha,untung berbadan dua, apa boleh buat dia pilih kau dari aku kan.  "
menyapa bahu dalam  nada yang sinis dan gurauan, dasar hakikatnya kata-kata yang benar.


mungkin itu satu gurauan bagi kau, tapi dalam dasar hati aku sendiri terdetik. aku redha. bukan bermaksud aku penat menunggu,atau aku tidak mahu berubah.  tapi aku hormat satu kententuan yang datang. bukan aku sendiri yang memilih jalan ini. mungkin bagi kau , aku yang jadi menyebab kau menjadi macam tu. aku cuba dan terus mencuba . 


"penungguan satu penyeksaan" 


manusia yang selalu mengungkapkan kata-kata ini sebagai sakti hidup mereka sendiri. kalau lah betul kata-kata tersebut menjadi peganggan hidup kau selama ini. cara aku pula lain. mungkin aku terfikir yang kau perlukan aku , tapi kau menjadikan diri kau sebagai syaitan yang inginkan sesuatu dengan cara menindas,memaki hamun. agungnya diri kau seperti maharaja dan pemaisuri yang duduk di singgah sana yang merasakan kau menentukan segalanya dan kau juga menentukan setiap persoalan adalah betul jawapanya.


aku hormat setiap keputusan yang kawan aku sendiri lakukan. aku buat untuk diri kau, aku dan kawan aku. aku tidak mahu hidup aku di lebalkan sebagai orang ketiga. pernah kah kau terfikir mungkin tidak pelik bagi orang ramai. pencarian teman hidup hanya di sekiling kita. mungkin jangka masa yang membuat kan orang ramai berasa pelik hakikatnya nampak di depan mata.adakah hidup kau di agungkan dengan kata-kata manis atau sindiran  dari sahabat sendiri. termasuk diri aku .


bila dah suka, apa yang di dengar.apa yang di tulis dan apa yang di terima melalui pesanan ringkas atau pun dia muka buku. sudah tentu itu menjadi petanda orang lain melebalkan diri kau di buai perasaan cinta. bagaimana dengan diri aku ??? sampah ...... mungkin aku malu. diri aku sudah puas di maki hamun...


satu pemergian satu penghormatan...

Aku dan Sepatu di Kuala Lumpur





"aku dah besar, kepala pun makin besar. suka hati aku nak pijak kepala siapa pun. sambil aku bercakap dengan kawan aku sendiri, kau sendiri boleh fikir. aku tengok engkau lama-lama apa aku dapat. tak kisah la, kau tongkat dagu kau sambil kau senyum dengan penuh ikhlas dan hakikatnya aku membalas dengan kasar.( bergurau kasar) aku ada sepatu aku sendiri yang boleh buat aku lebih tenang."

by ahmad khairul


aku baca novel ni, tapi aku lupa letak buku dekat mana." Aku dan Sepatu di Kuala Lumpur." tapi sangat terbaik. maybe it related on my life .feel good man

Monday, August 1, 2011

Aku dan Ramadhan


masuk ni dah semester dua aku sambut bulan ramadhan dekat kampus, apa aku dapat ?? penat,haus, seks, mabuk ?? memang tak dapat. jalan tengah panas.. menyusahkan diri peluh-peluh nak pergi bazar. aku hidup sebagai manusia, siapa tak nak hidup senang. penat badan aku nak buat kerja amal ni. 

sepanjang aku jalan depan orang ramai, aku lagi suka berbekal kan "air setan" dan hembusan rokok winston. rasa kebal diri . nak tahan 12 ke 13 jam. air paip dekat tandas. bukan pilihan aku. apa nak malu, ada orang tegur. ada aku kisah kau sapa ? kau dah cukup bagus nak ceramah aku, sedar lah sikit, dalam ramai-ramai orang aku yang kau tegur.


punya ramai orang yang ada , tu pak imam, ustaz ada nak ambik tahu lepas ke masjid,surau ada nak balik rumah. dah tua tak sedar diri. kalu habiskan masa dekat masjid tu 24 jam tak apa. ni kedai kopi. mengalahkan bini dekat rumah bincang sebuk hal rumah tangga bulan ramadhan.


mana aku pergi tak senang duduk, ada je orang pakai serban putih datang semata-mata nak cakap


" adik datang surau adik solat tarawih bersama, boleh berbuka bersama"


aku kalu bab makan percuma. langkah kanan. makan free siapa tak nak. perut kenyang sarung selipar balik tidur. senang hidup.duit poket pun jimat.tak payah susah-susah aku minta mak bapak aku.selagi aku tak kacau hidup orang bulan puasa. hidup aku senang...









Monday, July 25, 2011

Seksa

"ya allah, kau tabahkan lah hati hamba mu ini seperti mana engkau mencipta naluri seorang kaum adam yang mempunyai sifat seadanya. aku kah orang yang terpilih dalam kalangan orang-orang itu ya allah..."


".. AKU KAH ORANG ITU ? izin kan aku bertanya tuhan yang satu.. , biarpun soalan itu di tujukan beribu kali,   soalan yang tetap inginkan aku tuju, aku kah orang itu yang allah ? "




jika aku merupakan penentu hidup dari saat aku kenal kau sehingga kini, berikan satu peluang untuk  menikmati azab kubur. biarlah aku mati terlebih dahulu dari aku tidak tahu kemana perlu aku mencari hala tuju apabila melibatkan hati dan perasaan. aku mengharapkan begitu, seandainya aku tahu apa yang akan jadi di masa hadapan, aku tetap berdamping bersama kau. itu janji kaum adam yang kufurnya  hakikat di dunia.


mampukah aku berpegang kepada sebuah janji " awak , boleh jadi bagus dari lepas tu ? " .  aku tidak menyalah kan sesiapa, tapi diri aku sendiri. aku duduk di bangku , aku tatap wajah kau, aku pegang erat tangan kau. di benak hati aku sendiri. " aku kah orang itu ? ".


sampai satu tahap aku terfikir. aku tidak sesuci sehelai kain putih. layak kah aku?? sanggup kah kau berdamping dengan aku sedangkan aku yang kau lihat, aku sendiri tidak selengkap seperti tentera yang pergi berperang lengkap dengan alatan nya. harapan.. manusia sentiasa menaruh kan sesuatu harapan.


bukan aku dan kau. tapi orang di luar pun begitu. timbul persoalan. aku terasa beban , bila mendengar  keluhan dan kata-kata orang lain. yang mengharapkan sesuatu yang lebih dalam hidup kau. aku sentiasa berdoa menjadi lebih baik.bukan untuk hari ini, bukan esok hari.. tapi sepanjang hayattt...




" antara syurga dan neraka, manusia mana tidak memilih syurga. jika aku seekor binatang, aku juga memilih syurga, tapi jika aku di takdirkan memilih jalan ke neraka , aku memilih neraka kerana aku tahu itu sesuatu pergorbanan yang suci kerana aku cintakan  tuhan dan kau.. "

Sunday, July 24, 2011

Ucapan Selamat Malam

aku tidak mengharapkan sesuatu dari jangkaan dan balasan. Izinpun ucapan selamat malam , yang sering aku titipkan dengan jari jemari untuk menghantar pesanan ringkas hampir setiap malam bagi memenuhi ruang malam kau dan isi pesanan bimbit kau.


melalui pesanan itu, aku menjadi orang yang tidak lupa, aku meratap kasih terhadap kau, dan aku menjadi seorang yang penyabar. aku tidak mengeluh , untuk mengharapkan kau menajadi seorang pemantun yang berbudi aku berbelas kasihan.


cukup sekadar melihat di kaca bimbit kau untuk melihat ucapan tersebut. bukan 24/7 yang menjadi istilah buku kamus untuk aku membalas ucapan tersebut. ikhlas dan sifat jurju aku diakan itu yang wujud dalam hati seorang bernama kaum hawa yang aku sanjung dah puja. 


Biarpun aku bukan lagi bergelar seorang .....

Wednesday, July 20, 2011

Jalinan Mertua



dalam sebulan mertua pasti memenuhi ruang kotak sembang di bahagian bawah. ohhh !! seronok kan bila di label kan ibu mertua. pasti ??? perasan ?? apa semua ni ?? 


tapi sayang bila di tolak di tambah, bukan itu yang sebenarnya. kadang terasa hidup lebih kepada propa bila di bandingkan dengan keadaan realiti. tapi seronok hidup dalam keadaan realiti. bukan tipu terhadap diri sendiri tapi orang ramai. konon nya jaminan kita untuk hidup bergantung seratus peratus sepenuhnya kepada mertua. semata-mata untuk mendapat kan sekuntum bunga , sanggup berinteraksi dengan mertua.bukan itu caranya.


mungkin bukan niatnya. hidup dengan masalah bukan di panggil risiko hidup kawan.. tapi kita tempuh dengan cara yang ikhlas. hidup boleh di ubah bila cara layanan kita pun berubah. bila berstatus kan mertua kita ubahkan menjadi kawan. 




" hye ####"
"  aunty sihat ?? " 
"sihat, nanti aunty ingat nak datang sana. nak melawat ####. dah lama aunty tak jumpa dia"




kadang hiba bila niat asal kita nak berbaik bukan yang kita minta.kadang terasa diri memikul tanggunjawab dari mertua. mungkin itu luahan hati si ibu . cara seorang ibu meluahkan hati perasaan terhadap seorang anak ? rindunya ibu terhadap seorang anak ? mungkin juga kita menjadi orang terpilih ?


hidup.. kalu tak ada beban bukan namanya hidup. terasa diri ini bila di kaitkan dengan perasaan suka dan cinta. keadaan sudah la jadi macam ni. tapi sayang kita bukan orang yang terpilih. kita bukan juga orang yang di harapkan . sampai bila...






p/s hidup berstatus kan propa semata-mata

Monday, July 18, 2011

Dulu Kawan Sekarang Lawan

Gaduh


"saya benci diri saya sendiri,sebab saya fikir orang lain selalu buli saya. sebab saya tak ramai sebab saya tak kuat. saya sebenarnya nak KAWAN dengan semua orang. tapi orang lain sebuk nak cari gaduh"


dulu aku kau dan dia. kita merupakan kawan yang rasa tak dapat di renggankan. masa dan ketentuan yang membezakan sikap jelek bila benda dah jadi antara kita. bukan aku sorang. tapi melibatkan kawan-kawan yang lain. apa semua ni ?


sedulu ye aku ,kau dan dia di ibaratkan gundik puteri raja. tapi tak sama dengan sekarang. di sebab kau dan dia, aku tersepit menjadi mangsa seperti keldai. malu ??!! bila aku dapat tahu , keluar perkataan-perkataan bangsat keluar dari mulut masing-masing.terasa diri ni membabi buta bila dapat tahu kedaan kau dan dia .


kedaan memberontak, apa yang kau dan dia cari ? ketenangan ? aku menjadi mangsa kau dan dia. hanya aku seorang kawan, aku di lebalkan sebuah patung yang di campak sini sana. aku di anggap rakan paling hina.


"kau ambik kawan aku"
" dorang kawan aku "
" aku kenal kawan-kawan aku "


sampai bila..... aku tersepit kawan. aku nak kau dan dia kenali erti hidup manusia sebenar bukan bermusuh untuk di maki hamun dan membabi buta.


by M.A


p/s to H.P and H.S

Monday, July 11, 2011

Lobos Kebahagian Diri

Asal nya kau mencelakan diri kau semata-mata untuk melihat diri aku. Tapi aku sendiri tak pernah sedar. Betapa bodoh dan celanya aku sepanjang aku kenal kau ibarat baju yang kau pakai siang dan malam aku tahu warnanya dan bentuknya. Kini aku sendiri sedar.


 Aku di ibaratkan seperti menerima hukuman gantung oleh Tuhan yang di bogelkan di dalam api neraka. Kering dan kontang nya hidup aku , menyusah kan diri sendiri untuk mendapatkan kebahagian yang aku cari dalam lorong liku-liku.


"Tuhan bogelkan lah diriku seperti kau campakkan hati aku ke liang lahad yang penuh azab dari aku terus membinasakan diri,


..celupkan kan lah aku seperti di hembus bau bau sampah sarap bagi megetahui jauh beza langit dan bumi apabila aku cecah ke bumi hari ini " 


Aku sindiri meloboskan kebahagian diri sendiri. Aku tidak cukup menjadi raja yang di pipih sebagai raja sehari. Bila di tatap sehari demi hari. Mungkar dan nangkir tempat aku menatap mencari jalan hidup yang berpandukan hitam. 


by M.Amir

Thursday, July 7, 2011

Dimamah Usia Hidup Adik dan Abang

Allah tidak mencabul usia aku dalam kehidupan.Yang asalnya aku berbogel tanpa sebarang seutas benang yang halus di bias seputih kaca. Tapi Allah kurniakan aku dengan kulit putih dan petah berbicara. Cara aku sujud padamu yang SATU . Aku di ajar , bagaimana hendak mengira , hendak menulis. Sehinggakan usia aku mencecah ibarat sehelai daun pisang yang hijau kehitam-hitaman .


Aku tidak seperti dulu lagi, menjadi insan yang baru ingin berdiri, yang dulunya di bantu usapan yang manja. Kau pijak aku, kau tindih aku ibarat aku seorang bayi yang tidak tahu apa itu erti kedewasaan. Dan aku sendiri tidak pernah terlintas , kau mengelar kan diri engkau seolah-olah tuhan yang tandus dengan ilmu dan kedewasaan hidup.


Kau manusia yang hidup berteman kan botol kaca yang selama ini aku anggap teman sepermainan syaitan. Biarlah kaum adam dan hawa berkata aku seorang yang sombong dan bongkak . Dari aku memiliki perasaan dan nafsu seperti syaitan anjing yang aku perlu hadap. Keluh hati untuk menjaga hati dan perasaan mu wahai seorang abang konon nya dalam kehidupan seharian yang aku pijak ini.




p/s umur mu tidak setanding akal mu kawan


by M.A

Tuesday, July 5, 2011

Hope


This status is updated by Anis Fathnin Nadiah ,

BTW i already ask her to take a permission to save screen about this status. I am sory nad, i cant going to meet you . Just make you more be hope. This entry is for you, btw in that day im going to Penang. In my first impression , i very happy when i know im going to Penang that i'll meet. But the end on that days, its totally change in a short time. When some of my friends ( my senior)  did not agree to going there. They give a reasons " Eh mior, its waste of my time to meet your friends.!!" Thanks Kodoq . Maybe its not my lucky days to meet you Anis Fathnin Nadiah. Just god know on that days how i feels. And for you information , i have many story that i want to shared with you. What is going there in Penang.  Im  very frustrated and moody on that day. At the same time , my phone battery was empty . Same goes to Khairul Zaim, i not contact with you .


p/s sorry nad 

Saturday, July 2, 2011

Jahanam

Kau datang dan hadir seperti perempuan yang menyundal di kota ibu raya. Kau anggap , kau paling di sanjung dalam kalangan pria pujangga. Megah di jadikan santapan apabila tubuh badan kau di tutup "singlet" dah sejemput ber mini kan "skirt" paras peha ditayangkan khalayak umum.


Memang dasarnya kau seperti kaum hawa yang sama seperti wanita yang lain. Ingin kan pula kau bertahta di hati   umat yang lain dengan bantuan pancaindera yang mulia berteman kan lampu kilauan yang desus-desus menangkap gambar.  Apa yang di kejar , apa yang di tuju. Tujuan nya adalah satu .Hidup mengejar berstatus kan propa sebagai model.Perempuan jahanam seperti kamu layak ke bertapak di ibu kota ?




this entry is tribute to Teluk Intan




by M.A

Saturday, June 25, 2011

Lets Join Rabak


lets join Rabak peps,

Location
About
A collective; group of musicians, writers, poets, designers, photographers, filmmakers etc. that interested in literature, film, music, poetry, writing, pissing, complaining and anything.
Email
projekrabak@gmail.com
Website

                 

Sujud

Kau merupakan manusia sama seperti manusia lain, 
kau bersuara seolah-olah seperti duduk di bentera raja,
kau juga mengganggap dunia ini kau yang punya,
bila di pegang, bila di sentuh, bila di sapa,
mudah di lumat seperti pisau menembus tusuk badan.


Ibarat tumbuhan dan haiwan mampu sujud di cacah bumi,
inginkan engkau manusia binasa,
mendongak ke langit di iringi ego yang tinggi,
hidup engkau bergelar kan raja di langit dan di bumi
tanpa di sedari diperhatikan maha esa.


Perasaan dan nafsu di ulit makluk ke tiga,
engkau di sanjung, kau di belai, kau di ratap,
seperti air di tatang secawan mangkuk, 
sujud lah , dakap la iman mu,
hanya yang satu merupakan pilihan hidup kamu






p/s  by M.A





Thursday, June 23, 2011

Selamat Pagi Tuhan

Kebiruan bercampur kesejukan pagi,
Burung-burung mula bermain-main meredah udara,
Menjadikan matahari yang belum menjadi sebagai saksi,
Aku sumpah inilah kali terakhir, Tuhan.
Seperti biasa, sumpahku yang teramat rapuh.
Tuhan, lihatlah
Aku dengan Alkohol,
Mendekati kehancuran , menikmati kecelaruan.
Berikan kembali aku yang telah mati,
Selamat Pagi Tuhan.




p/s this person is great man

Wednesday, June 15, 2011

Malam


Malam ni malam yang keruh. Malam yang pahit antara malam malam sebelum. Aku baring lemah kaku. Merenung siling dan kipas berpusing. Cebisan cebisan langit kelapan yang pernah dulu aku bakar menjadi abu, datang dan bercantum menjadi satu. Menyelubungi urat urat saraf dan mengawal kesemuanya. Sekarang yang aku renung bukan lagi kipas ligat berpusing. Juga bukan siling. Ia langit kelapan yang pernah aku siapkan untuk kita dulu. Yang aku pernah janji aku akan kendong kau hingga ke puncak atas sana. Hanya kita saja. Takkan ada sesiapa tahu.

Aku sedar. Saat ini, sekarang ini, malapetaka rindu sedang berlaku.Aku tak suka malapetaka. Tapi untuk yang kali ini, aku diamkan saja. Membisu walau ada suara. Dan membiarkan ia mengalir mengikut alurnya. Ini bukan pameran lukisan lukisan indah, ini suatu rasa yang sedang menyucuk. Merobek. Membelah. Sakitnya terlalu pedih. Tapi, aku tidak akan teriak. Aku diamkan saja.

Kemudian aku menoleh ke kiri. Seorang wanita kelihatan sedang asyik dibuai mimpi. Jari jemariku digenggam erat olehnya. Aku pejamkan mata, lalu aku kucup dahinya perlahan. Titisan air mataku yang pertama jatuh membasahi rambutnya.

"sayang, adakah aku sedang mencurangi kau saat ini?"


by Haziq Pratama

Wedding



When we talking about the wedding and married. That is the most part of meaningful in our life. Even belum khawin lagi dapat rasa perkahwinan itu merupakan sesuatu yang membahagiakan. Tapi bukan bagi diri aku untuk ceritakan tentang yang aku akan khawin. Tetap Abang sedara aku yang khawin dengan orang Kelantanrian . Even hari sabtu lepas pun ada benda yang mewajibkan, wedding ni tak halang aku untuk join sekali wedding abang sedara aku. Berbaloi la juga balik even benda ni just untuk wekend sahaja.

Sejuk mata bila memandang kedua belah pihak pengantin mahupun dari segi pengantin lelaki dan perempuan. Even majlis dia amat lah simple . Buat macam rumah terbuka. For the next wedding buat dekat dewan. Teman untung wedding haritu juga warna biru dengan merah. Time paling seronok bila perhatikan wedding antara kedua - dua pihak . Macam - macam kerenah yang perlu nak di layan, untuk kenal pasti lagi perhatian terhadap ke dua - dua pengantin. 

Tulis-tulis juga nama pasangan langsung tak tulis. SHAHRUL NIZAM AND FARAH . Im praying that the both of you will being together until end. Sampai ke anak cucuk. Tengok orang kahwin , hati ni lebih keingin untuk menjadi pengapit dari orang yang berkahwin. 


p/s im praying that i'll be pengapit for coming soon. 

The best ever part dalam wedding to sendiri : -

1. Pasangan pengantin bangun je dari tempat duduk makan, ayah saudara jamu makanan pengantin yang tak habis hehe.

2. Bila jumpa saudara mara, ada yang kenal. Ada yang tak kenal. Nama je tittle sebagai sedara. Tapi tak kenal. Bagi yang kenal tu . Macam-macam perangai ada , even tengah penat , still boleh joke . Tambah kak min from Johor.

3. Bila tengok parents duduk atas kerusi pengantin, must thinking back about the memory of their wedding. Mesti lagi sweet.






p/s im praying that i'll be pengapit for coming soon. 

Monday, June 6, 2011

Arau to Jitra


Hello,


Ok now we forget about the last entry. Second week dekat campus minggu weekend yang terbaik . Sacara tak langsung ye buat kerja gila kayuh basikal dari Arau Perlis ke Jitra Kedah . Orang elok selalu naik kereta. Elok pagi-pagi buta-buta to boleh berbasikal. Even tujuan utama nak pergi Jitra semata-mata sebab nak merasa kenikmatan Char Kuei Teow. Dekat 10 rider juga la yang berkayuh malam tu. Sepanjang perjalanan tu juga kayuhan bertenaga di beri setiap rider dalam 25 KM sejam. 



Memang terbaik no brake tambah lagi dengan mash tengah jalan. Even tayar yang digunakan to off road pun boleh bertenaga bagi orang yang pakai tayar on road. It seem being good bila orang ramai tengok dari kedai makan respect kayuhan  pagi-pagi tu . Even mat rempit yang main tengah jalan pun membunyi kan HON bagi menghormati kayuhan yang berhempas pulas dari Arau. 



Paling mengelikan dan mencuit kan hati boleh pula sekumpulan makluk Allah "anjing" boleh buat metting tengah jalan . Lintang pukang juga la. Last-last tengok anjing yang takut dengan rider. The best part. 2 rider tertinggal sikit dekat belakang , risau kene kejar dengan makluk Allah tu, dengan divider dorang redah semata-mata takut kene kejar . Bersepah juga la mengayuh basikal tu. Masing-masing tukar gear lagi ringan semata-mata nak speed.


Sampai je Jitra, misi yang wajib untuk makan yang di pendam sepanjang perjalanan. Tak sampai lagi Char Kuei  Teow, air yang dah di order dan sampai dah habis. Dekat setengah jam rehat . Berasmara untuk tangkap gambar dekat Jitra . Then bertolak dari Jitra dengan mantain slow ride. Sebab ada rider yang tak seberapa fit. Kita follow ability rider yang tak larat. Balik tu satu trip ada one stop. But still maintain dengan kayuhan bertenaga.



p/s thumb up guys. Next trip to Alor Star


Sunday, May 29, 2011

Gelora Naluri


Hello,


This is my first days in campus for the sem 3. Hiba sangat bila tinggal kan keluarga dengan rakan-rakan yang selama ni ibaratkan air yang di cincang tidak putus-putus. Hari pertama ni membuatkan penulis rasa terseksi , meskinpun perjalanan yang di lalui penulis sudah menjadi kebiasaaan sepanjaang ulang alik ke Arau dan Teluk Intan. Tambahan pula, hidup lebih rasa di himpit gelora setibanya di campus dengan sibuk pendaftaran kolej, yang mendapat dengan tanda tindakan pihak kolej menyaman di atas kesalah kipas yang kotor pada semester yang lepas.

Dibebankan lagi, hidup penulis pada hari tersebut, di timpa kesusahan apabila mendapati berjalan kaki untuk membuat report akibat kehilangan kad matrix. Bermandikan peluh la juga semata-mata untuk membuat report bagi mendapatkan kunci bilik. Akhirnya pejabat pendaftaran kolej tutup tetap waktu yang tertera di pintu kolej.  Sudah la bermandi kan peluh dan berjalan jauh, pejabat kolej pun tutup di saat akhir. Biar pun hati ni mengeluh sifat kesabaran hanya dapat mengungkap ketabahan hati si penulis semasa itu.

Naluri penulis kian berkocak , bila hati ini menjadi benak dengan perasaan yang rasa merindui sesuatu dalam diri penulis. Dalam satu ketika penulis merasakan , beliau tidak tahu apa yang di cari dalam hidup beliau setibanya di campus. Begitu juga dengan fikiran yang bermain di kepala penulis sepanjang beliau di sini. Penulis mendoakan dan berharap sesuatu yang menjurus ke arah berkiblatkan kanan terus di samping penulis.



p/s dont be sad M.A

Friday, May 27, 2011

Byebye Homies

Hello Readers,


The most hard and really sweet moments with the homies. If the moments can be turn to the movie dics. I'll give it 5 stars. Oh siapa sangka dalam jangka masa tiga minggu yang di habis kan bersama parents dan rakan-rakan seangkatan adalah terbaik dalam hidup estetika hidup manusia . Indah Tuhan mencipta manusia dengan sifat yang istimewa bagi di terokai kehidupan manusia di dunia. Berat hati jika di fikirkan bila banyak benda di habiskan bersama rakan di tempat di mana kita beteduh dan guraun yang tidak putus-putus  menjadikan hidup kita lebih sempurna bersama rakan-rakan. Setiap agenda yang berlaku merupakan titik tolak antara hubungan rakan-rakan untuk menjadi satu family yang sangat besar dalam hidup kita sendiri.

Amal : This peps is really hyper man. Even she is a female. Btw thanks for spend time with me Amal. Dari awal masuk belajar sampai la sekarang banyak benda yang tak berubah . The important thing i really dont want to see you again with the sadness emotions and burden with you problems. Macam mana muka Amal waktu pergi masuk belajar, macam tu juga time sem break nanti. You're the most bff i hve cik Amalia Awis Othman. thanks dear.

Zaim and Naim : This is call brotherhood guys. Its from you Zaim. Kalu tak ada antara dua orang ni . Sampai ke sudah aku sendiri duduk kat rumah macam anak dara. And thanks to Naim sanggup balik Teluk Intan spend time dengan kawan-kawan lain. Btw Zaim, kalu kau tak ada aku tak skate. Ah Long i miss your story man. Its really awesome how the way you story bout it.

Wanie Wiffy : The most girl that really beauti and cute. Cuti yang masih panjang di samping menunggu result yang akan tiba tidak lama lagi . Hope Wanie jaga diri and tolong mama jaga butik . Im really sad when i heard that time nak balik ni Wanie agak sibuk dengan butik for helping your mother. Jaga diri wahai budak kecik. comel je ayat kan. Dont be "petak" ok .

Reyn : Jambu even orang yang paling lambat balik cuti, dan orang yang selalu nya cuti sekejap pun. Neway really proud to hve u friends. This man is really creative by filled the time with many activities since the sem brake. Nice trip with you rein going to Manjung.

Others : Really happy with all of you friends. Katak, Fiq, Shamie, Mutu , Afiq Mansor, Udin , Jajart, Wan Kenit , Rnyn Choo , Anis , Ilam , Wan , Black, Amir and others. Sorry if i didt write on the list that  i have list it. It doesnt meant that i forget bout all of you. Really happy that how we spends all the time . That i will not forget the siblings in Ipoh . Haziq thanks tumpangkan aku lepak ,tidur rumah kau. And Hayati Suffian, even sibuk dengan kerja , still lepak pukul 3,4 pagi . and to Namiera An Nur. 


p/s i will miss you my HOMIES 

I Need You


Hello,


Mungkin sayu bila kita dengar dan malas sangat nak balik ke tempat asal di mana penulis menimba ilmu. Erti kata lain " mengaji " di situlah kita bertapa mencari ilmu pengetahuan. Bila tiba satu benda yang akan tiba kita hadapi , setiap hari dan detik kita mempunyi atau memasang hajat bagi meneruskan hidup yang mana kita tidak tahu di mana kita di manipulasikan.

The things that i needed man :
1) better result
2) new Phone
3) new deck
4) make my homies happy
5) new tee's
6) new stuff


p/s I praying that, the dream will be come true man, its really important for my life.

Sunday, May 22, 2011

First Plucking

Hello,



About : 3.00 am
Date : 23 May 2011

Belajar tak sampai seminggu , this is my first plucking for basses guitar. Teruja sangat bila tiba-tiba seronok jamm secara tak sengaja dengan budak-budak studio yang asal ye dari ke kedai mamak ke studio untuk terpekik terlolong pagi-pagi buta. Even , dapat plucking chord basic jea dah puas hati bila dapat complte main 2 lagu. Seriously, betul betul buat diri teruja bila dapat main basses. Terasa nak pergi jauh bila dapat pegang guitar. Minat- tak minat je nak pergi lebih jauh.


p/s awesome man 

Still On The Right Side


I really hope that, i am still on the right side in this sem break. Even rasa dah berbulan penulis tak blog then online . Sedangkan 3 hari berlalu melintasi masa yang terpampang di depan mata. Kadang rasa diri ibarat "kertas" yang di conteng kemudian di renyuk menjadikan sehelai atau segumpal sampah yang tidak berguna. 3 minggu hari di peroleh melalui hidup di halaman sendiri di habiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Duit yang memenuhi kocek dan poket pula kering-kontang ibarat " mesin atm yang di gunakan seperti 24jam. Kemana perginya duit-duit di labuh kan, penulis sendiri tidak pasti. 

Mencari arah kententuan di halaman sendiri , sama ada ke arah yang betul atau pun tidak. Masa yang kian berlalu yang tidak dapat di undurkan di habiskan dengan rutin harian. Bangun seawal pagi dengan menonton television, makan , dan mecari kesenangan hati ( cuci mata ) di petang hari. Kemudian masa di habiskan di waktu malam yang lebih di kenali dengan lebih masih muda di habiskan di studio dan aktiviti malam bersama rakan sambil di bekalkan secawan "kopi " yang di jadikan pembasah tekak bagi membuka sesuatu al- kisah yang di kongsi bersama rakan-rakan.

Kadang diri penulis tertanya-tanya di manakan ruang hidup penulis bersama keluarga selama 3 minggu. Ibarat dunia yang kian terbalik, pada malam ye penulis berjaga, dah siang nya penulis menghilang kan diri , sedangkan petang ye sesi bersama keluarga patut di luangkan , begitu juga dilarut malam. Di panjatkan doa di iringi bersama setelah mengetahui kemudahan hidup untuk kehidupan di dunia untuk menimba ilmu di mudahkan bagi meneruskan hidup di masa semesta hadapan bersama rakan-rakan yang berjaya menempat kan diri di kolej. Mengharapkan sesuatu perubahan yang lebih baik semesta yang sebelum ini dan memperbaiki estetika yang bergelar manusia yang normal.

Disamping itu, hati tertanya di samping menunggu keputusan yang akan tiba bagi mengetahui nasib pada semesta yang sebelum ini. Mendoakan sesuatu dan mengharap kan sesuatu yang memboleh kan berbangga dengan pencapaian kendiri  yang bertambah baik. Rasa sayang dan sebak bila memikirkan nasib dan keluhan hati sepanjang berada di tanah asal ye tempat penulis lahir. 


p/s make a change M.A