"ya allah, kau tabahkan lah hati hamba mu ini seperti mana engkau mencipta naluri seorang kaum adam yang mempunyai sifat seadanya. aku kah orang yang terpilih dalam kalangan orang-orang itu ya allah..."
".. AKU KAH ORANG ITU ? izin kan aku bertanya tuhan yang satu.. , biarpun soalan itu di tujukan beribu kali, soalan yang tetap inginkan aku tuju, aku kah orang itu yang allah ? "
jika aku merupakan penentu hidup dari saat aku kenal kau sehingga kini, berikan satu peluang untuk menikmati azab kubur. biarlah aku mati terlebih dahulu dari aku tidak tahu kemana perlu aku mencari hala tuju apabila melibatkan hati dan perasaan. aku mengharapkan begitu, seandainya aku tahu apa yang akan jadi di masa hadapan, aku tetap berdamping bersama kau. itu janji kaum adam yang kufurnya hakikat di dunia.
mampukah aku berpegang kepada sebuah janji " awak , boleh jadi bagus dari lepas tu ? " . aku tidak menyalah kan sesiapa, tapi diri aku sendiri. aku duduk di bangku , aku tatap wajah kau, aku pegang erat tangan kau. di benak hati aku sendiri. " aku kah orang itu ? ".
sampai satu tahap aku terfikir. aku tidak sesuci sehelai kain putih. layak kah aku?? sanggup kah kau berdamping dengan aku sedangkan aku yang kau lihat, aku sendiri tidak selengkap seperti tentera yang pergi berperang lengkap dengan alatan nya. harapan.. manusia sentiasa menaruh kan sesuatu harapan.
bukan aku dan kau. tapi orang di luar pun begitu. timbul persoalan. aku terasa beban , bila mendengar keluhan dan kata-kata orang lain. yang mengharapkan sesuatu yang lebih dalam hidup kau. aku sentiasa berdoa menjadi lebih baik.bukan untuk hari ini, bukan esok hari.. tapi sepanjang hayattt...
" antara syurga dan neraka, manusia mana tidak memilih syurga. jika aku seekor binatang, aku juga memilih syurga, tapi jika aku di takdirkan memilih jalan ke neraka , aku memilih neraka kerana aku tahu itu sesuatu pergorbanan yang suci kerana aku cintakan tuhan dan kau.. "
No comments:
Post a Comment