Assalam alaik, ketemu lagi kita sekian kalinya. Hari ini hatiku terusik lagi melihat sekeping gambar yang benar – benar menyayat rasaku hingga terasa dalam benar dan sempit ruang dadaku. Oh berjam – jam aku merenung gambar itu dengan penuh kerendahan bahawa hakikatnya aku manusia...Dia Maha Kuasa.... Betapa selesanya aku dibumi ini sehinggakan aku hanyut dalam kemewahan dunia tanpa menyedari masih ada anak bangsaku yang merempat di bumi sendiri. Oh betapalah kita ini sudah menjadi bangsa yang mementingkan diri sendiri dan sudah melupakan tatacara kelakuan manusia yang diajarkan Islam.
Anak – anak ku gemuk dan terlebih makan, tatkala aku melihat gambar itu hatiku remuk melihatkan anak – anak itu sudah melihat kejamnya metropolitan ini memperlakukan mereka. Adik beradik itu tertidur di tepi tangga dalam keadaan compang – camping tidak terurus, jauh sekali bezanya dengan anak – anakku. Penuh atau kosongkah perut dua beradik itu? Hatiku menangis tanpa ada yang dapat menghalangnya...memikirkan soalan itu. Manusia maanakah yang tidak punya perasaan mengerah tenaga dua anak kecil itu demi mencapai hajat hatinya. Mungkin inilah sebabnya Muhammad membawa Al Qur’an bagi merahmatkan alam ini, dengan setiap dari kita berkasih sayang tanpa mengira kaya, miskin, gemuk, kurus, saudara, kenalan, jiran mahupun sesama manusia tanpa perlu mengenali latar belakangnya.
Kadang kala Allah menunjukkan sesuatu pada kita dengan cara Nya yang tersendiri bagi menyedarkan kita. Aku sangkakan aku berasa susah kerana kekurangan wang, kurang tidur, kurang makan, tapi bila saja aku terpandang gambar itu betapa aku mengakui bahawa Maha Berkuasa Nya Dia yang menentukan segalanya. Bahawa ada manusia yang lebih susah daripadaku. Ampunilah aku yaa Allah atas kealpaanku...
Betapa aku sedar selama ini aku berjalan dengan bongkaknya di atas bumi ini. Marilah manusia!!! Sama – sama kembali ke Jalan Allah berlandaskan Al Qur’an dan Sunnah yang ditinggalkan Muhammad agar tiada lagi anak – anak saudara mara kita atau anak siapapun yang merempat di tepi jalan meminta sedekah. Marilah saudara seislamku sekalian.
No comments:
Post a Comment