huh,
Dari awal pagi sampai ke tengah malam, hari ini satu makanan pun tak masuk dalam perut. Buka je wallet . Yang tinggal IC , LESEN , KAD BANK . Syilling tu boleh la tahan lagi ada la 20sen. Perut dah berbunyi dah, ikutkan metal la juga bunyi nya . Kata-kata yang mampu di keluar kan hanyalah , sabar tahan lapar dan dahaga. Hebat tak hebat la juga. Duit kering, ada kad band pun tak guna juga, Elok sangat aku pergi cucuk . Yang betul-betul tertera no dekat screen atm bank tu.
"JUMLAH BAKI AKAUN ANDA RM 03.80"
Kalu dah macam tu. Ceritanya memang nak keluar duit macam mana pun tak tahu. Nak guna duit syilling dekat caste pun. Tak akan nak bagi tu mak cik kira duit syilling bersepah . Awek tengok pun rasa malu kan. Nak tak nak tahan jela lapar. Nak guna duit member pun malu, better senyap lagi bagus. Terpikir juga sampai bila kan kau nak tahan lapar. Duit tengah sengkek. Bukan kali pertama, banyak kali la juga duit tak ada. Kemana tah duit tu. Bila dapat je duit rasa laju je keluar. Esok pun belum tentu dapat makan ke tak. Bole pula esok macam-macam aktiviti kene buat. Tahan jela jawabnya.
Bila kita cerita pasal malu ni , macam-macam segi malu ada kalu duit dah kering ni. Malu nak minta kawan-kawan duit. Al maklum la kawan pun nak guna duit juga. Bukan aku sorang yang tak ada duit. Sampai satu tahap malu paling kita tak dapat elak , nak minta duit dekat parent. Malu la juga ,hidup dah besar panjang.minta duit mak bapak even kita masih belajar lagi. Dah dapat rasa .Macam tak nak susah kan mak ayah kan. Kadang apa yang kita minta dalam kuantiti yang kita perlu . Itulah yang kita dapat. Pandai-pandai la hidup. Nak minta lebih malu. Apa yang di sebut itu pun dah memadai.
" Orang nak beli barang sikit untuk final camp ?"
" Ingat nak duit belanja sikit "
" Oh nak beli barang apa ?RM50 cukup "
Dalam kepala tu teringat je, nak beli item 3,4 benda. Tapi harga memang tak sama. Nak tak nak jawapan yang perlu di jawab masatu .
" Oh cukup-cukup."
" Jimat- jimat la duit ,kalu ada lebih simpan buat belanja makan"
Kadang tak sempat apa yang kita jawab tu,benda tu la yang kita dapat. Orang kata syukur apa yang ada. Nak minta lebih kadang malu dengan orang tua kita sendiri. Tak tahu la. Time tu la dapat rasa duit tu betul-betul berharga.Kadang terpaksa tipu member sendiri. Bila di tanya dah makan ke belum. Jawapan nya sudah yang dikeluarkan dari mulut kita ni. Nak tak nak jawab mestilah dah.
p/s air watercooler to jelah penyeri perut aku masatu.
kau kena yakin dan tawakkal, pasti berjaya, aku serius
ReplyDeletesiot melle
ReplyDelete