Thursday, August 25, 2011

kita berkawan biasa. boleh ?

"apa keputasan kau?"
"kita berkawan biasa, boleh ??"
"boleh aku tahu kenapa ?"
" sebab aku tak sanggup dah nak dengar benda pelik-pelik dan apa aku sendiri nampak."




aku nak kau berubah. mungkin dengan kawan biasa pun manusia mana pun boleh berubah. betul tak ?? sekurangnya kau tak mengharap aku seratus peratus untuk berubah. mungkin kau dah cukup kuat untuk berdiri pijak di bumi yang nyata. kau pun dah besar. boleh berfikir. kawan biasa pun dah memadai.




aku ibarat manusia yang dahulu nya di bekalkan kain putih yang suci. tapi tidak sama seperti sekarang. apa yang kau nampak, apa yang kau sendiri baca . sekarang ni aku merupakan sehelai kain bukan lagi berwarna putih. sedangkan aku sendiri memilih jalan tersebut. memang ternyata. tuhan mengurniakan sifat wanita dan lelaki yang berbeza dan tidak sama. aku yang tidak mempunyai apa-apa dalam hidup aku, kini ibarat hidup merempat di tepi jalan. hidup aku seperti sampah. lebih teruk dari sampah. 


mungkin persoalan nya kenapa aku berbuat begitu ?? kau menunggu sesuatu jawapan yang tepat dalam diri kau ?? kau juga menganggap diri kau paling terseksa apa yang engkau alami. aku tetap beralah. sedangkan aku hidup dengan tangan kosong. apa aku dapat ?? semata-mata aku sayangkan kau. aku sendiri akur yang aku melalukan kesilapan. aku tahu keputusan yang tetap kau berikan adalah muktamad " kita berkawan biasa".


perempuan
aku tidak memaksa dia untuk mencintai aku.perempuan itu sendiri faham keadaan aku . kenapa tidak kau ?? aku buktikan yang aku tidak berdamping dengan dia biar pun perkataan sayang di keluarkan dari mulut masing-masing. aku tahu hati kau, bagaimana pula hati aku ? aku tersepit kau tahu. aku cuba untuk mengubah haluan.dari aku cuba terus menipu kau. 


gambar
aku terdesak, dan aku tersepit. itu membuktikan yang aku sendiri membuat kesilapan. kau mahu aku berubah.   aku cuba buat kau bahagia.tapi kau tak nak aku sendiri sedih sebab kau. apa perlu aku buat. aku tahan apa yang aku nampak,sampai satu saat. biarpun aku tidak di beri tahu, aku tahu benda tu akan terjadi. tapi aku tidak pernah mengungkit atau mempersoalkan soalan tersebut.aku juga mempunyai perasaan terdetik untuk bertanya. apa HAK aku ? mungkin aku sendiri terlepas untuk bertanya, jawapan yang kau berikan tidak memuaskan apa yang aku harapkan jawapan aku keluar dari mulut kau sendiri. "bicara soal HAK "






aku meletakkan diri aku 100% menjadi kesalahan aku sepanjang kenal bersama kau.sebab aku tidak tahu apa yang perlu aku tuturkan dari mulut aku sendiri. 

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan pergi,Eid kembali

 Ramadhan pergi meninggalkan kita. lagi sekali  aku di sambut dengan  bulan keberkatan bersama meyambut Eid pada tahun ini. mungkin ini rezeki aku di panjang umur untuk bertemu bulan al- mubarak yang penuh berkat.siapa tahu aku di hitungkan hari untuk meninggalkan dunia pada hari mulia ini. dan siapa sangka aku di temani keluarga aku sendiri bagi meraikan hari raya setelah lepas dari azab tahan lapar dan dahaga selama sebulan. mungkin aku tidak tahu apa maksud sebenar apabila berpuasa dia bulan ramadhan. yang aku tahu tidak makan dan tidak minum dan menahan nafsu. mungkin aku tidak di kurniakan NUR dari Allah s.w.t. sampai satu saat mungkin aku di berikan hidayah untuk mengetahui  maksud sebenar erti berpuasa. 


"tadah tangan aku mengadapmu ya tuhan, di tambah di panjatkan doa, agar puasa aku di berkati, biarpun aku di cipta sebagai makluk yang menurut perintah mu ya Allah yang lemah.mungkin aku tidak sempurna bagi di sisi mu ya Allah. tapi aku bersyukur menjadi hambamu yang kenal erti kesyukuran...."

Wednesday, August 17, 2011

Aku Tak Bersedia



"weh aku suka dekat kau la lelaki" 
" tapi aku tak bersedia lagi perempuan, sebab aku tak dapat lupa bekas teman wanita aku "
"tak apa aku faham, mungkin dalam keadaan kita macam ni pun dah memadai "
"maksud kau perempuan ? " 
" bagi aku dah cukup sempurna biarpun bergelar kawan rapat, aku rasa selamat bila di samping kau lelaki,mana aku pergi kau tetap ada,msg pun dah cukup "
" habis tu perempuan kau sanggup ke terima tomahan orang ramai biarpun orang tahu yang aku tak dapat lupa tentang bekas teman wanita aku sendiri"
" aku tetap bersama kau lelaki"




apa perlu aku buat ?? aku tahu pergorbanan kau terhadap aku besar sangat. sampai kan kawan -kawan semua fikirkan kita merupakan pasangan  yang lengkap di mata orang ramai. seperti pasangan yang lain. tapi aku senang. biarpun kita dekat kau tambat hati aku biarpun duduk bersebelahan. cara padangan kau , kata-kata yang keluarkan dari mulut kau sendiri perempuan. aku terpegun. yang dulunya kau tidak seperti ini. aku titipkan bersama doa. kau mendampingi aku suatu hari nanti perempuan. dan aku berharap, aku tidak seperti lelaki yang sebelum ini kau pernah dampingi perempuan. aku dah dia tidak jauh beza. situasi aku dan dia juga tidak berbeza. cuma kau menentukan segalanya..



aku - suka dan dilemma

Friday, August 12, 2011

Pemergian Satu Penghormatan

" kalu aku tak ada, kau tolong jaga dia. tengok-tengok kan dia.ahaha,untung berbadan dua, apa boleh buat dia pilih kau dari aku kan.  "
menyapa bahu dalam  nada yang sinis dan gurauan, dasar hakikatnya kata-kata yang benar.


mungkin itu satu gurauan bagi kau, tapi dalam dasar hati aku sendiri terdetik. aku redha. bukan bermaksud aku penat menunggu,atau aku tidak mahu berubah.  tapi aku hormat satu kententuan yang datang. bukan aku sendiri yang memilih jalan ini. mungkin bagi kau , aku yang jadi menyebab kau menjadi macam tu. aku cuba dan terus mencuba . 


"penungguan satu penyeksaan" 


manusia yang selalu mengungkapkan kata-kata ini sebagai sakti hidup mereka sendiri. kalau lah betul kata-kata tersebut menjadi peganggan hidup kau selama ini. cara aku pula lain. mungkin aku terfikir yang kau perlukan aku , tapi kau menjadikan diri kau sebagai syaitan yang inginkan sesuatu dengan cara menindas,memaki hamun. agungnya diri kau seperti maharaja dan pemaisuri yang duduk di singgah sana yang merasakan kau menentukan segalanya dan kau juga menentukan setiap persoalan adalah betul jawapanya.


aku hormat setiap keputusan yang kawan aku sendiri lakukan. aku buat untuk diri kau, aku dan kawan aku. aku tidak mahu hidup aku di lebalkan sebagai orang ketiga. pernah kah kau terfikir mungkin tidak pelik bagi orang ramai. pencarian teman hidup hanya di sekiling kita. mungkin jangka masa yang membuat kan orang ramai berasa pelik hakikatnya nampak di depan mata.adakah hidup kau di agungkan dengan kata-kata manis atau sindiran  dari sahabat sendiri. termasuk diri aku .


bila dah suka, apa yang di dengar.apa yang di tulis dan apa yang di terima melalui pesanan ringkas atau pun dia muka buku. sudah tentu itu menjadi petanda orang lain melebalkan diri kau di buai perasaan cinta. bagaimana dengan diri aku ??? sampah ...... mungkin aku malu. diri aku sudah puas di maki hamun...


satu pemergian satu penghormatan...

Aku dan Sepatu di Kuala Lumpur





"aku dah besar, kepala pun makin besar. suka hati aku nak pijak kepala siapa pun. sambil aku bercakap dengan kawan aku sendiri, kau sendiri boleh fikir. aku tengok engkau lama-lama apa aku dapat. tak kisah la, kau tongkat dagu kau sambil kau senyum dengan penuh ikhlas dan hakikatnya aku membalas dengan kasar.( bergurau kasar) aku ada sepatu aku sendiri yang boleh buat aku lebih tenang."

by ahmad khairul


aku baca novel ni, tapi aku lupa letak buku dekat mana." Aku dan Sepatu di Kuala Lumpur." tapi sangat terbaik. maybe it related on my life .feel good man

Monday, August 1, 2011

Aku dan Ramadhan


masuk ni dah semester dua aku sambut bulan ramadhan dekat kampus, apa aku dapat ?? penat,haus, seks, mabuk ?? memang tak dapat. jalan tengah panas.. menyusahkan diri peluh-peluh nak pergi bazar. aku hidup sebagai manusia, siapa tak nak hidup senang. penat badan aku nak buat kerja amal ni. 

sepanjang aku jalan depan orang ramai, aku lagi suka berbekal kan "air setan" dan hembusan rokok winston. rasa kebal diri . nak tahan 12 ke 13 jam. air paip dekat tandas. bukan pilihan aku. apa nak malu, ada orang tegur. ada aku kisah kau sapa ? kau dah cukup bagus nak ceramah aku, sedar lah sikit, dalam ramai-ramai orang aku yang kau tegur.


punya ramai orang yang ada , tu pak imam, ustaz ada nak ambik tahu lepas ke masjid,surau ada nak balik rumah. dah tua tak sedar diri. kalu habiskan masa dekat masjid tu 24 jam tak apa. ni kedai kopi. mengalahkan bini dekat rumah bincang sebuk hal rumah tangga bulan ramadhan.


mana aku pergi tak senang duduk, ada je orang pakai serban putih datang semata-mata nak cakap


" adik datang surau adik solat tarawih bersama, boleh berbuka bersama"


aku kalu bab makan percuma. langkah kanan. makan free siapa tak nak. perut kenyang sarung selipar balik tidur. senang hidup.duit poket pun jimat.tak payah susah-susah aku minta mak bapak aku.selagi aku tak kacau hidup orang bulan puasa. hidup aku senang...