Saturday, May 14, 2011

Aku dan Bekas Teman Wanita

Baru dia tahu, untuk lupakan bekas teman wanitanya yang sekarang ini bahagia dengan teman lelaki baru yang menetap di Maryland, ialah dengan menikmati kehidupan tanpa sibuk memikirkan kesedihan atau kesepian yang terlampau atau mungkin juga kepahitan yang tak mengenal gula dan yang paling penting ialah untuk tidak menonton filem cinta untuk dua atau tiga tahun atau lebih jika perlu.

Tapi pagi tadi segala teknik itu lesap macam selipar jepun yang di baling ke tengah laut dan hilang, hanyut tanpa khabar berita. Dia terjumpa bekas teman wanitanya semasa dia sibuk membuat pilihan kuih apa untuk di sarapankan, dikedai Makcik Piah bawah apartment tempat dia menginap.

Dia jadi kaku. Lidah tersorok malu. Mata tak berkelip. Peti suara tenggelam habis. Tapi, dengan langkah beraninya dia berkata pada bekas teman wanitanya itu, 'harap dia jaga kau baik dan bukan macam aku dulu'. Lalu dia berlalu pergi tanpa kuih meninggalkan bekas teman wanitanya berdiri kelu tanpa sempat untuk berkata apa.




this note is wrote by Haziq Pratama.

p/s sometimes what others peps write or saying anything about the life, they will be related a part of our life

No comments:

Post a Comment