Friday, September 30, 2011

Di bahagian malaikat dan iblis

   '' anda mempunyai pilihan, hidup manusia tidak sama seakan malaikat dan iblis, begitu juga sifat sepunyai. tapi kita menjadikan hidup kita seperti bertopengkan iblis dan bercirikan malaikat, untuk apa - hipokrit "


seawal pagi aku capai tuala sambil pegang erat sebakul yang berisikan sabun mandi,pencuci muka, dan berus gigi. jejak nya kaki aku ke tandas, cermin merupakan pandagan pertama aku untuk kenal siapa diri aku. mungkin omongan kosong yang dapat aku cerita. aku ni kurus ke, gemuk ke, tinggi ke dan siapa diri aku ???


aku tatap muka aku dan aku rasa nya ia sendiri . tapi tak sama dengan jiwa aku. aku mula terfikir. selama ni aku hidup berpandukan apa ?? aku cuma berlakon di depan orang ramai yang selama ni orang anggap aku yang bersifat sederhana.  hebat !!! dan suka !! kawan ingat kau bukan di cipta khalaf di muka bumi ini untuk menjadi iblis. 


kenapa aku ?? tidak orang lain !! tuhan ciptakan aku dengan orang lain sama. aku di cipta untuk membezakan makluk tuhan yang ada. binasa !!

Saturday, September 24, 2011

pecahnya botol kaca hitam

aku juga manusia yang ada hati dan perasaan. hidup siapa tak sempurna kalu tidak di kurniakan perasaan untuk merasai sedih dan gembira. binatang juga mampu merasai perasaan begitu. umum nya aku tak pernah kisah sepanjang aku kenal kau , apa kau buat dan apa yang kau sendiri nak. 


tapi sayangkan... aku bukan seorang manusia yang mampu mengikut turut kata apa yang aku cuba sampai kan dan buat kau faham. aku dan kau merupakan sebahagian diri masing-masing, tapi membezakan kita ,belum cukup sempurna. 


mungkin bukan aku orang yang di pilih. aku tak pernah nak letak kan diri aku sendiri seperti manusia yang memegang tongkat sakti yang punyai kuasa ajaib mampu buat kau tersenyum. bila aku tanya pada diri aku sendiri jika aku tujukan sesuatu soalan , jawapan yang aku terima ada berbentuk "?" , "?" dan "?"....


mungkin aku sendiri tak suka apa yang kau mempersoalkan dan apa kau buat pada kejadian tersebut tanpa aku sendiri tidak tahu . rasa di perbodohkan ibarat manusia yang baru lahir ibarat katak di bawah tempurung.semua berlaku secara tiba-tiba.


betul!! tak semua benda aku perlu tahu. jadikan lah aku patung yang tak mampu berkata apa-apa setelah aku tahu benda itu sendiri. ( tak semua benda kita perlu tahu ) hati sapa tak pecah seperti botol kaca yang jatuh. benak hati menjadi hitam untuk rasa semua perasaan yang tuhan kurniakn....

Sunday, September 18, 2011

permainan tamat


bukan kali pertama bukan kali terakhir. aku mungkin di acu seperti itu.....

Thursday, September 15, 2011

bukan batu tapi manusia



pada awalnya aku dibekal kan dua batang rokok untuk di tuju. sepanjang perjalan tu juga. aku menghembus  ke dua-dua rokok tu sampai menjadi puntung. penat !! bukan penat untuk memandu .tapi aku di pandu rakan aku sendiri.


duduk aku di bangku kerusi. aku di sapa kedua orang tua. dari segi riak wajah nya. berbeza manusia yang aku rasa aku jumpa sebelum ni. keringat keluarga yang penat lelah mencari rezeki untuk anak mereka sendiri sampai ke puncak menara gading biar pun lepasa ijazah mahupun langkah ke negara orang.


"abang tolong angkat barang to ke depan "




tuhan kurniakan aku hati yang lembut . aku pandang dan aku lihat perbuatan yang berlaku di depan mata aku sendiri sambil melihat wajah yang hendak aku tatap . mungkin bukan cahaya aku nampak. tapi seorang anak muda yang cekal, tabah, biarpun yang selama ni aku sangka kan manusia yang di kelompokkan dalam manusia yang keras si seperti batu.


aku bukan seperti begitu. mungkin aneh bagi aku sendiri. kehidupan manusia bukan saja percaya kepada karma, tapi di susun oleh tuhan . corak hidup kita sendiri. aku sendiri inginkan begitu. tapi aku sendiri di acu oleh tuhan sehingga kini. dan aku sendiri yang mampu ubah diri aku.






aku tabik sahabatku

Tuesday, September 13, 2011

Tipu vs Hipokrit

aku yakin dan pasti.setiap manusia pernah menipu. istilah menipu di kaitkan dalam kehidupan diri kita sendiri adalah kelentong.tipulah kalu aku sendiri tidak di label kan sebagai manusia yang hipokrit. mungkin istilah hipokrit itu terlalu besar bagi diri aku dan mungkin bagi khalayak umum. bagi orang yang bercinta, istilah tipu di gunakan akibat salah faham bagi kedua mempelai yang konon nya mengalah kan orang yang dah berkawin mendirikan rumah tangga. mungkin dari segi ceritara yang aku sendiri nak ungkapkan dalam cerita semua berkaitan dengan aku. mungkin ?? mungkin tidak ?? semua berkaitan dengan tipu dan hipokrit.




TIPU


aku kenal kau tak lama, buat masa sekarang ni hampir12 bulan untuk kenal diri kau sendiri. tapi mungkin bukan sepenuhnya mungkin separuh. mungkin aku tahu biar pun selama aku hidup di samping kau selama 12 bulan tak cukup kenal, tapi aku tahu erti tipu dalam kehidupan seharian aku. mungkin jika aku mengistilah tipu itu kepada tahun, mungkin aku kenal tipu itu lebih bertahun-tahun . mungkin ada kebaikan. kau kelentong (tipu ) aku sebab kau sayang aku. semua nya menglibatkan berkenaan dengan perasaan dan hati. tidak semudah yang di jangkankan untuk menjaga hati. sanggup menipu untuk menjaga hati orang. mungkin benda ni betul. tapi semuanya bergantung kepada keadaan.


HIPOKRIT


bagi aku hipokrit lebih keji berbanding dari jadi penipu. rasa diper bodohkan  bila diri di ' menganjing' orang lain. apa masalah yang timbul dan persoalan yang nak di persoalan kan pada diri sendiri untuk jadi seorang yang hipokrit. untuk ke baikan orang lain. dendam ?? yang rasa hidup berdendam ni sampai tak ada penghujung jalan dalam diri aku dna kau sendiri. mungkin itu jalan yang terbaik. hidup bergelumang ber pangkatkan HIPOKRIT . mungkin aku dan kau di kategori kan sebagai manusia yang bertopengkan iblis dan syaitan. tapi datang buruk nya dalam diri aku sama ada kau , bila ter kantoi membuat sesuai kerja yang tak ada istilah clean job.semua tidak sempurna. biar pun dari segi percakapan. padangan mahupun sebaliknya. 




aku cuma mengunggu..