Saturday, June 25, 2011

Lets Join Rabak


lets join Rabak peps,

Location
About
A collective; group of musicians, writers, poets, designers, photographers, filmmakers etc. that interested in literature, film, music, poetry, writing, pissing, complaining and anything.
Email
projekrabak@gmail.com
Website

                 

Sujud

Kau merupakan manusia sama seperti manusia lain, 
kau bersuara seolah-olah seperti duduk di bentera raja,
kau juga mengganggap dunia ini kau yang punya,
bila di pegang, bila di sentuh, bila di sapa,
mudah di lumat seperti pisau menembus tusuk badan.


Ibarat tumbuhan dan haiwan mampu sujud di cacah bumi,
inginkan engkau manusia binasa,
mendongak ke langit di iringi ego yang tinggi,
hidup engkau bergelar kan raja di langit dan di bumi
tanpa di sedari diperhatikan maha esa.


Perasaan dan nafsu di ulit makluk ke tiga,
engkau di sanjung, kau di belai, kau di ratap,
seperti air di tatang secawan mangkuk, 
sujud lah , dakap la iman mu,
hanya yang satu merupakan pilihan hidup kamu






p/s  by M.A





Thursday, June 23, 2011

Selamat Pagi Tuhan

Kebiruan bercampur kesejukan pagi,
Burung-burung mula bermain-main meredah udara,
Menjadikan matahari yang belum menjadi sebagai saksi,
Aku sumpah inilah kali terakhir, Tuhan.
Seperti biasa, sumpahku yang teramat rapuh.
Tuhan, lihatlah
Aku dengan Alkohol,
Mendekati kehancuran , menikmati kecelaruan.
Berikan kembali aku yang telah mati,
Selamat Pagi Tuhan.




p/s this person is great man

Wednesday, June 15, 2011

Malam


Malam ni malam yang keruh. Malam yang pahit antara malam malam sebelum. Aku baring lemah kaku. Merenung siling dan kipas berpusing. Cebisan cebisan langit kelapan yang pernah dulu aku bakar menjadi abu, datang dan bercantum menjadi satu. Menyelubungi urat urat saraf dan mengawal kesemuanya. Sekarang yang aku renung bukan lagi kipas ligat berpusing. Juga bukan siling. Ia langit kelapan yang pernah aku siapkan untuk kita dulu. Yang aku pernah janji aku akan kendong kau hingga ke puncak atas sana. Hanya kita saja. Takkan ada sesiapa tahu.

Aku sedar. Saat ini, sekarang ini, malapetaka rindu sedang berlaku.Aku tak suka malapetaka. Tapi untuk yang kali ini, aku diamkan saja. Membisu walau ada suara. Dan membiarkan ia mengalir mengikut alurnya. Ini bukan pameran lukisan lukisan indah, ini suatu rasa yang sedang menyucuk. Merobek. Membelah. Sakitnya terlalu pedih. Tapi, aku tidak akan teriak. Aku diamkan saja.

Kemudian aku menoleh ke kiri. Seorang wanita kelihatan sedang asyik dibuai mimpi. Jari jemariku digenggam erat olehnya. Aku pejamkan mata, lalu aku kucup dahinya perlahan. Titisan air mataku yang pertama jatuh membasahi rambutnya.

"sayang, adakah aku sedang mencurangi kau saat ini?"


by Haziq Pratama

Wedding



When we talking about the wedding and married. That is the most part of meaningful in our life. Even belum khawin lagi dapat rasa perkahwinan itu merupakan sesuatu yang membahagiakan. Tapi bukan bagi diri aku untuk ceritakan tentang yang aku akan khawin. Tetap Abang sedara aku yang khawin dengan orang Kelantanrian . Even hari sabtu lepas pun ada benda yang mewajibkan, wedding ni tak halang aku untuk join sekali wedding abang sedara aku. Berbaloi la juga balik even benda ni just untuk wekend sahaja.

Sejuk mata bila memandang kedua belah pihak pengantin mahupun dari segi pengantin lelaki dan perempuan. Even majlis dia amat lah simple . Buat macam rumah terbuka. For the next wedding buat dekat dewan. Teman untung wedding haritu juga warna biru dengan merah. Time paling seronok bila perhatikan wedding antara kedua - dua pihak . Macam - macam kerenah yang perlu nak di layan, untuk kenal pasti lagi perhatian terhadap ke dua - dua pengantin. 

Tulis-tulis juga nama pasangan langsung tak tulis. SHAHRUL NIZAM AND FARAH . Im praying that the both of you will being together until end. Sampai ke anak cucuk. Tengok orang kahwin , hati ni lebih keingin untuk menjadi pengapit dari orang yang berkahwin. 


p/s im praying that i'll be pengapit for coming soon. 

The best ever part dalam wedding to sendiri : -

1. Pasangan pengantin bangun je dari tempat duduk makan, ayah saudara jamu makanan pengantin yang tak habis hehe.

2. Bila jumpa saudara mara, ada yang kenal. Ada yang tak kenal. Nama je tittle sebagai sedara. Tapi tak kenal. Bagi yang kenal tu . Macam-macam perangai ada , even tengah penat , still boleh joke . Tambah kak min from Johor.

3. Bila tengok parents duduk atas kerusi pengantin, must thinking back about the memory of their wedding. Mesti lagi sweet.






p/s im praying that i'll be pengapit for coming soon. 

Monday, June 6, 2011

Arau to Jitra


Hello,


Ok now we forget about the last entry. Second week dekat campus minggu weekend yang terbaik . Sacara tak langsung ye buat kerja gila kayuh basikal dari Arau Perlis ke Jitra Kedah . Orang elok selalu naik kereta. Elok pagi-pagi buta-buta to boleh berbasikal. Even tujuan utama nak pergi Jitra semata-mata sebab nak merasa kenikmatan Char Kuei Teow. Dekat 10 rider juga la yang berkayuh malam tu. Sepanjang perjalanan tu juga kayuhan bertenaga di beri setiap rider dalam 25 KM sejam. 



Memang terbaik no brake tambah lagi dengan mash tengah jalan. Even tayar yang digunakan to off road pun boleh bertenaga bagi orang yang pakai tayar on road. It seem being good bila orang ramai tengok dari kedai makan respect kayuhan  pagi-pagi tu . Even mat rempit yang main tengah jalan pun membunyi kan HON bagi menghormati kayuhan yang berhempas pulas dari Arau. 



Paling mengelikan dan mencuit kan hati boleh pula sekumpulan makluk Allah "anjing" boleh buat metting tengah jalan . Lintang pukang juga la. Last-last tengok anjing yang takut dengan rider. The best part. 2 rider tertinggal sikit dekat belakang , risau kene kejar dengan makluk Allah tu, dengan divider dorang redah semata-mata takut kene kejar . Bersepah juga la mengayuh basikal tu. Masing-masing tukar gear lagi ringan semata-mata nak speed.


Sampai je Jitra, misi yang wajib untuk makan yang di pendam sepanjang perjalanan. Tak sampai lagi Char Kuei  Teow, air yang dah di order dan sampai dah habis. Dekat setengah jam rehat . Berasmara untuk tangkap gambar dekat Jitra . Then bertolak dari Jitra dengan mantain slow ride. Sebab ada rider yang tak seberapa fit. Kita follow ability rider yang tak larat. Balik tu satu trip ada one stop. But still maintain dengan kayuhan bertenaga.



p/s thumb up guys. Next trip to Alor Star