Tuesday, April 26, 2011

The End Of Sem

hello,

laslty, benda yang aku tunggu bagi perasaan seorang mahasiswa adalah penantian untuk cuti semester. Even dapat cuti tiga minggu pun rasa berbaloi la agaknya. Ikutkan hati memang tak cukup. Siapa tak nak balik kalu dah cuti. Dalam kepala otak ni dah susun apa yang kau nak buat sepanjang 3 minggu yang penuh bermanfaat. Lelaki " cik oi " tak duduk la rumah sangat. Even perkataan yang selalu keluar dari paren asal balik je dari rumah.

" amboi , keluar pagi, pagi baru balik "
" bawalah adik jalan-jalan. Kesian dekat dia sorang-sorang"

Sapa tak terasa. Kadang rasa malu. Tapi to la orang kata family lagi penting dari semua tu. Dalam 3 minggu ni aku dah plan baik yang betul-betul teruja.

1) Keluar dengar family
2) Keluar dengan homies 
3) Jenguk senior praktikal
4) Vacation dengan family ( bandung), homies
5) Berpapan selaju
6) Jom kayuh
7) Event haziq pratama
8) etc ....

Kalu boleh ikut kan hati memang tak cukup lagi nak list down semua tu. The end of this sem rasa ditutup dengan dinner fakulti. Not bad la sebab batch sendiri menang macam-macam. Paling the worst haritu. Time seronok tangkap gambar, boleh pula bateri habis. Rasa macam nak baling je camera pun ada masatu. Dah guna tak reti nak charge bateri . Tahniah sangat-sangat. 



p/s holiday is the best moment that im waiting for

Sunday, April 24, 2011

6 kertas

" M tak sama macam M.A "
" M.A untung, pandai ,rajin, M je slow , rasa nak give up dengan quit je dari campus"
" M usaha la , kalu macam tu penat-penat je paren M hantar  belajar teruk - teruk then nak stop "
" struggle sikit je, esok kan nak start paper dah, sem ni la yang boleh naikkan pointer M"
" tapi pointer M tak macam M.A, jauh sangat , kadang M rasa malu dengan M.A "
" menyusah kan M.A je "
" M.A untung ada orang support M.A, yang M ni entah tahu ke tak paren M nak final ni"

Manusia mana tak terharu bila time betul-betul rasa tertekan nak hadap semua paper final ni. Dengan masalah macam- macam. Adanya motivasi diri dari orang lain untung bimbing semangat kita untuk hadap 6 paper final. Sapa rasa tak malu , orang yang bagi kita motivasi tu orang lagi pandai dari kita.Sem ni juga terasa boleh naik pointer nak buat paren happy. Tapi fikir balik rasa menyesal tak sudah. Tambah-tambah lagi wanita yang bagi motivate dekat kaum adam. 

Tapi tak berpada la. Kalu kita sentisa megharap dengan harapan orang lain. Tapi usaha diri kita sendiri pun tak ada. Ibarat keluar peluh di sebabkan kepanasan bukan sebab kerja yang kita buat.  Bila time final ni pula terasa duduk dekat penjara. Seminggu je tempoh final. Ibarat setahun ,sengsara.......


p/s thanks M.A

Friday, April 15, 2011

Awesome since of skate


Check out this video babe,

Rasa menarik bila kita tengok, negara yang selama ni kita lihat di landa masalah ekonomi di sebabkan peperangan. Dalam video ni documentari tentang since skate dekat negara yang mengalami peperangan. Sadis juga bila tengok minat kanak-kanak di terhad dalam kehidupan mereka. Sapa sangka negara-negara macam ni juga ada yang minat tentang since skate. Sedangkan mereka pun ada facilities untuk skate park. Dengan bantuan tenaga pengajar dari luar. Kanak-kanak yang ada tertarik dengan suka papan selaju . Even negara mereka dalam peperangan , since skate dekat sana tak pernah nak lupus. Paling menarik kita dapat tahu , ada juga budak perempuan yang betul-betul minat nak belajar skate. Siapa sangka , negara yang selama ni dalam di propaganda dalam akhbar merupakan negara yang mempunyai spirit of skate yang tinggi even kita tak tahu negara tu ada skater-staker yang berkebolehan. Terharu babe.


Wednesday, April 13, 2011

Bukan Hari Anda

Rabu
13.4.2011

Tahniah seorang insan yang di kurniakan yang tidak bernasib baik, setelah mendengar sesuati utusan yang harus memerah kan keringat otak untuk menghadapi dugaan.

" ya Allah , berikanlah aku kekuatan untuk mengadap semua ni ya Allah. "

Terasa beban sangat bila dapat tahu sebuk dengan aktiviti luar, test, quiz , presentation. Belum masuk masalah rumah tangga. Elok sangat bila di tambah dengan masalah kewangan.Tengok dompet pun dah kering. Dah masuk sehari tak makan, yang boleh menjadi alas perut biskut kering. Semak kan lagi kepala otak ni dengan habuan bila nampak orang yang selama ni kita percaya....

" esok boleh kan teman saya riadah petang-petang ? " 
" ohh .. awak tak boleh la,esok saya kelas pack sangat samapai petang. " 
 " sorry ye,"
 " eh tak apalah , lain kali boleh, tak apa" 

tett ,,, tettttt,,,,

" eh , tak perlu malu-malu , jalan je, bukan tak nampak , ? "
" awak, jangan la marah. Dia yang datang dekat saya . "

Tahniah. Sebab insan yang bertuah. Sampai satu saat bunyi handphone tak berbunyi dah.  Malas nak fikir dengan masalah yang beban, yang di tanggungan seorang ehsan. Sampai satu ketika , satu pentunjuk yang      betul-betul depan mata, apa yang berlaku.

Jam 4.30
dalam hati
" oh,boleh pula ada beg dia dekat sini ? Dah tahu sangat terkenan "
" tak jumpa lagi bagus dari sakit hati ."

Naik je tangga library, orang yang sama, pasangan yang sama.tahniah lagi sekali buat seorang bernama ehsan. Hari ini bukan hari anda. Bila terfikir balik ayat " ohh.. .. awak tak boleh la,esok saya kelas pack sangat sampai petang" 


p/s terima kasih kenapa N.A.N anda mempunyai niat yang ikhlas, tapi anda tidak memahami orang lain bila rasa di tipu dan di pekotak katikkan.


Thursday, April 7, 2011

Manusia Laknat




yaw,

Manusia mana yang tak benci orang yang menipu bertopeng kan iblis. Hati ibarat di tusuk bila kita tahu orang yang kita percaya ,  yang kita sendiri mampu berubah yang boleh berubah jadi lebih baik. Seandai nya hidup manusia ni boleh mengeluarkan satu keputusan yang tepat dari segi menilai orang lain. Itu lah satu benda yang kita sendiri tak ragu-ragu untuk memilih benda yang paling penting dari segi menilai kawan.  Tapi wujudnya tuhan mencipta makhluk ye dengan mergurniakan akal dan fikiran untuk kita berfikir antara  satu kesan yang buruk dan baik dalam selingan hidup yang kita jalani . Istilah paling mudah untuk makluk yang ada di bumi ni " hukum karma".

Rasa menyesal tak sudah bila hidup di perkotak-katik kan benda yang sama, rasa hidup ni di pukai , bila di beri betis , inginkan peha . Kalu boleh terasa diri dah besar kepala bila di belai ,di manja kan , tambah di jaga macam bayi yang baru lahir. Kadang manusia mana tak mahu melihat orang lain berubah. Sampai satu saat, benda yang sama yang membuatkan hati orang lain rasa sakit hati ,terasa  hidup di pijak - pijak. Hati sapa tak terbakar bila nampak depan mata, apa yang di lakukan, apa yang sedang di perkatakan. Janji kosong dan sekadar perkataan yang keluar dari bibit hanyalah kata-kata palsu yang dapat di ungkap kan.

Memang betul orang kata, manusia mana tidak melakukan kesilapan. Hakikatnya manusia hanya mampu bertahan dengan sikap manusia yang lain hanya tiga kali. Kalu selebihnya , itulah manusia yang paling tidak mempunyai perasaan yang rasa di permain kan dan di abdikan kepada orang lain. Rasa hina bila dapat tahu ada manusia yang selama ni masih mengejar kan harta yang di miliki, paras rupa. Bukan hati dan keturunan yang di pilih bagi menajadi manusia yang ingin menjadi lebih baik dan sempurna.


p/s  terima kasih T.K iblis 

Wednesday, April 6, 2011

Hikmah


Kalu kita sendiri ungkapkan perkataan hikmah tu seluas bidang yang kita sendiri maksud yang kita faham, pengajaran yang kita dapat ,tapi kita sendiri tak tahu bila. Macam mana benda tu datang , macam mana hikmah itu hadir. Tapi kita sendiri faham hikmah yang terjadi terhadap diri kita atau orang lain. Even kita buat baik dengan berniat buruk dekat orang lain. Dari istilah lain yang kita faham hikmah ni betul-betul melibatkan soal kehidupan kita yang kita sendiri jalani.

Kadang kita berbuat baik dengan orang lain, tapi orang sangka kita di salah sangka dengan orang lain, buat la macam mana pun orang tetap memandang satu benda yang buruk terhadap diri kita. Sedangkan kita hanya mampu menutup mulut. Yang selama belajar tak bermaksud kalu kita diam kita sendiri tahu. Tapi ada HIKMAH sebalik diam. Keluh hati ni kalu kita sendiri nak sesuatu benda untuk orang lain memahami diri kita. 

Penantian hikmah tu yang kita tunggu-tunggu tak tahu bila muncul ? bila akan tiba ? macam mana hikmah tu datang dalam hidup kita ?  Kadang layanan yang baik juga orang sangkakan itu lah layanan yang paling hanya untuk memenuhi ruang yang di kategorikan sebagai " tiada motif " Istilah paling mudah orang kata. Tak tegur salah , tegur pun salah. Kadang benda yang wujud dan kita nampak tak semestinya boleh sampaikan dengan jelas.

The Days

yaw,

" Kepada semua pelajar UiTM Arau Perlis , kepada semua pelajar campus Arau di benarkan pulang ke rumah, setelah amaran banjir di keluar kan "

Seronok kan bila tengok statement macam ni kalau hari-hari.  Tapi punya la sakit hati petang tu juga balik , bersepah pula bila dapat bas uitm sendiri yang hantar student untuk ke Alor Star. Dalam kepala otak ni fikir nak balik je. Tapi yang buat spoiled haritu pak cik guard yang jaga, Punya la sakit hati dalam ramai-ramai student yang nak naik tu , dia boleh bagi ayat macam ptfffffff

" ok sabar sabar, bagi pelajar perempuan naik dulu eh , jangan risau semua dapat balik "

kepala hotak juga la pak cik botak tu, macam tu baik kaum adam ni balik habis cuti sem pun tak apa, dah grad pun tak apa pak cik. dalam hati aku dah lama maki hamun pak cik tu. Paling aku rasa nak sound je depan - depan pak cik guard tu boleh pula dia tanya budak perempuan tu .

" huh mana kawan kamu tu ? cepat-cepat ajak dia naik "
"yang tu pak cik yang tu !! dia kawan saya pak cik, tolong la pak cik "

aku rasa benda tu paling lakhanat , time tu juga la aku keluar ayat paradigma sound-sound pak cik tu, peduli apa, nak saman ke nak kene maki ke.

Tapi sejuk la hati, bila dapat tumpang junior aku sendiri , siap hantar sampai rumah, di sambut oleh keluarga sendiri, ibarat syurga juga la, lama tak balik. Tambah lagi balik-balik bukan main sakan juga la paren macam-macam benda di tambah. Penuh juga la warna ungu .

Esok tu pula,spend time dengan family, sebelum aku merempat dengan kawan-kawan . Kebetulan pula masatu ramai juga la member-member aku balik.secara tak langsung ye pula boleh buat kerja gila plan nak bersakan jalan sana sini. Malam tu juga plan nak ke mana ? naik apa ? dengan sapa ? berapa orang nak pergi ? buat apa dekat sana ? Tambah-tambah ada pula ada anak dara nak ikut. Dalam kepala otak dah fikir balik awal la jawab ye.

Pagi esok ye, biasa la , janji Melayu kalu orang kata siap pukul 10 pukul 11 la jawab nya baru nak pakai baju, bukan baru nak bertolak. Tambah pula time tu , kaum hawa buat hal yang bernama Wanie Wiffy kejap jadi kejap tak pergi. Kesudahan nya pergi.Last- last bergerak la juga dua kereta dalam tengah hari. Plan untuk haritu pergila Teluk Batik dekat Manjung then gerak ke Ipoh. Sampai-sampai je Teluk Batik, ramai jugalah orang ,ada family day. memang terbaik untuk bersantai even matahari pun dah terpacak. 

Lalu si kaum adam pun bermandi manda di laut. Walaupun ada yang segan silu nak mandi,termasuk la aku sendiri sebab kaum hawa even kawan sendiri. Masa tu juga aku jumpa Badang yang tak sangka dia ada dekat manjung. Terima kasih kepada Amalia Awis Othman sebab teman saya berjalan sampai ke kedai minum bersama Syamim bin Ahmad Safawi. 

Istilah orang Indon kata "selamat sore" selamat petang . Time dah kecut satu badan tu, bergerak la ke Ipoh, seronok ye lebih dalam kereta. Dengan melayan kerenah wanie ni. Sampai kering gusi asik tergelak tak berhenti. Dah sampai Ipoh dapat la jumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa macam setahun. Bersembang macam paria la juga. Tapi benda tu la buat kita ingat sampai bila-bila even kita dah tua nanti. Lepak sampai ke malam kalu boleh nak merempat sampai esok pagi pun tak apa.

Tak puas lagi berjalan,dah nak balik tu ,sempat lagi lepak studio . Esok nye boleh la sangat tidur dalam bas.Paling terbaik seronok tengok member buka studio baru. Lepak hari-hari sampai lebam pun tak apa. Lepas balik ke Arau yang bagaikan neraka tu, tak ada peluang dah nak lepak-lepak, tunggu final exam jawabnya.

Monday, April 4, 2011

Happy Bufday Kawan

Hello,




Happy Bufday Ichi, even tak kenal rapat sangat, tapi kehangatan dapat di rasa, tak dapat nak bagi apa,tapi amanat di berikan oleh Khairul Zaim Nawawi untuk menangkap gambar. Sambutan  secara sederhana pun cukup memadai dengan sejambak bunga yang di terima oleh wanita ini yang mencecah usia nya dia lingkungan sembilan belas tahun.  Jangka masa pun tak mengizin kan, sebab kaum hawa ni tak dapat lepak lama-lama macam kaum adam lepak. Balik awal la ceritanya, apa pun sedih dan sayu la juga di sebab kan buah hati ye tidak dapat balik ke tanah air sebab ada test untuk di selesaikan. Apa pun dapat juga 3g sama-sama untuk di kongsi bersama rakan-rakan yang ada.