Monday, February 28, 2011

Battle Of The Band On Campus

26 FEB 2011
Awesome man !!! Event dalam campus pun ada juga events battle of the band.  Terserlah la juga perfomance. Dekat 10 band yang daftar masuk comp ni. Im the part of the crew. Jadi balaci pun kira berbaloi la juga, gara-gara masuk free. Boleh tahan la dalam 10 band tu dekat 4 band yang menarik audience dengan juri. Macam-macam lagu yang deorang ni bawa dan macam-macam gendre deorang ni main.Apapun puas la juga 10 band main. Respond band pun baik. Tapi ada juga la band yang dah lama daftar tapi nak decide lagu sehari sebelum comp. Cerita nya memang tak dapat la. Mahu tak tunggang langgang, tambah voc tak ingat lirik. Atas sokongan padu audience rancak la juga event ni. Kalu tak event ni tak dapat nak jalan sebab ada bantahan pihak tabligh kononnya event ni melalai kan. Sampai aku datang aku kene halau,sebab tak sedar aku duduk bahagian perempuan time setting barang. Tebal la juga muka kene halau.


Dalam 10 band tu juga,aku tak tahu yang dekat separuh tu, member aku sendiri main. Senior aku pun boleh tahan juga la band dia.Kawan aku sendiri Eppy being a drummer. U have attitude man. thumb up. Most of them banyak main guitrar la. Dalam semua band tu, aku jumpa satu band yang betul-betul aku minat. Memang terbaik. Sebelum band lain-lain start perform , aku dah tahu band tu paling terbaik, main lagu the strokes. voc dia siap main lead guitar, line up band deorang pun terbaik.Crowd pun boleh tahan,semua audience support.Tapi sayang.... Semua penonton duduk atas kerusi. Kalu betul-betul events tu dapat kelulusan, Rock Zone dah lama di buka. Silap-silap body surf pun boleh jalan. Al maklum la ala kadar je mampu.Bukan macam gig dekat luar.Tapi paling respect event ni sama juga macam dekat gig.Bila nak start je. Orang semua baru nak start beli tiker.

Gambar kiri ni band yang jadi johan comp. Btw terbaik perfomance band ni. Sebelah kanan tu pula mamat jambu tu Sam. Ramai peminat kut. Tambah-tambah crowd dari chick .Double thumb up Sam. Tapi ada juga band yang rasa kurang menyerlah.Maybe dorang tak perform terbaik , ada juga tak prepare, then ada juga salah pilih lagu,tak ingat lirik. Sampai juri naik bosan,penonton menguap . Yang menarik juga , comp ni ada juga line up dari kawan hawa. Tapi tak semua la. Yang lebih menarik ye. Kalu biasa kita tengok perempuan cuma jadi voc, ada juga yang pandai ketuk-ketuk. Not bad la juga dia main. BTW to penghias masa comp.Apa pun enjoy la juga yang selama ni sekian lama tak pergi event tak tengok comp band . Thumb ups babe




 basses terbaik 
 he awesome man !!
 first place




Saturday, February 26, 2011

Renyuk

27/2/2011
Saturday

12.00 a.m.Banyak benda nak kene fikir. Apa tah yang nak difikir pun,diri sendiri pun tak tahu. Habis kan masa dengan termenung. Semua nya sebab tarikh 27/2. Malu bila nak mula dulu. Takut hidup ni di kategorikan sebagai penganggu. Tapi hati ni sedih dan keluh apa yang nampak apa yang di tulis dan di cakap. Kenapa susah kan diri untuk semua ni. Orang kata ,hati mahu,tapi buat tak tahu. Bukan kita rancang sesuatu benda ,kita dah tahu keputusan dia. Sampai hati sendiri tertanya-tanya. Kadang kita ni  di letak kan diri sebagai apa. Apa guna kita ? Diperlukan ? Dalam satu tahap kadang bila kita ada di samping orang yang kita fikir selama ni. Hati kita tertanya sehingga membuak-buak , kadang kita mengharap bila kita dapat rasa orang yang kita fikir buat benda yang kita tak jangka selama ni erti kata lain suka sangat, dalam masa yang sama juga kita nampak diri kita ni jauh beza apa yang selama ni di katakan atau di bandingkan orang dia suka atau sayang. Banyak sangat Jurang yang membezakan kita ke ? Silap diri sendiri. Sudah ternyata sudah terang lagi bersuluh. Bukan kita selama ni di harapkan. Betul ke ? Ayat yang di keluar kan dari mulut dan yang di tulis lagi betul dan nyata dari apa yang realiti pernah jadi  ? Tak pernah lagi putus asa. Lagi bagus tutup mulut, terus menunggu. 

berkabung. 

Friday, February 25, 2011

Imratul Najwa Abdul Latif


IMRATUL NAJWA ABDUL LATIF
fuhhhh !!! she very talanted persons dude. Seriously when you saw all the video in youtube. She really like a rockstar babe. Very-very talented. Kalu korang tengok video Imratul Najwa ni, tak habis habis nak ulang video dia . Bakat dia different sangat dengar orang lain dekat youtube. Tambah kalu bandingkan cover lagu-lagu yang lain. She plays guitar babe sambil menyanyi. Voice pun terbaik. For me this girls is very awesome girls. Demand macam ni. Kalu korang try dengar lagu dia memang ulang banyak kali .
 

 Orang Johor. Masih sekolah.Banyak la juga la lagu yang dia dah buat cover. Kalu tengok cover dia menyanyi habis la semua video.Boleh tengok dekat page fans FB dia.Tambah-tambah lagi Imratul Najwa ni paren dia betul-betul bagi sokongon. Ayah dia siap belikan video cam for this girls to put their video on youtube and to make sure the voice that came out from hs mouth more clear.Maybe satu hari dia boleh survive untuk hidup dalam industri muzik.Terpegun la juga tengok Imratul Najwa ni. Time dia express muka dia dekat video. Tambah tambah bila tengok dia senyum, nampak gigi. Gelak sorang-sorang pun boleh jadi.Dedicate dekat korang punya chick pun terbaik juga. Oh lagi satu,kalu korang tengok kebanyakkan video dia kebanykkan dalam kerete honda city.Orang selalu tanya,kenapa asyik menyanyi dalam kereta kan. The answer is "its more privacy and focusing when im sing." Kalu betul ada peluang dapat tengok depan mata Imratul Najwa ni perform depan mata. DEMAND.Seriously dia sangat comel...
          

a part of the videos,you smilling when see all the video. She plucking a guitar babe.




Phone !!!

12.50 a.m
2.26.2011
Sabtu
Satu call pun aku tak dapat melainkan aku yang habiskan krdit sebab hantar message dekat ibunda. Duit dalam bank dah bersawang. Nak minta dekat ayahkanda memang cerita ye tak dapat la. Masalah ye bila phone tak berbunyi pun masalah juga la.Hidup pun tertunggu-tunggu je,msg masuk,call masuk. Tak juga dapat. Tambah lagi suasana bosan. Syamim Ahmad Safawi ni hapy la. Menyinrap juga la tengok roomeets aku sendiri. Msg masuk ,call masuk . Senang hati mengadap laptop. Tahniah Mior Amir anda seorang yang berjaya pagi ni.

p/s : mior amir tengok apa huh ? thumb up ( memori)

Thursday, February 24, 2011

The Part From Projek Rabak

Hello!! Yeah next event seterusnya lepas je wayang rabak. Projek Rabak ada buat event lebih santai lagi. Sambil-sambil kita tengok orang perform. Kita boleh tengok orang baca puisi denga akustik. Huh yang menarik nya kalu member sendiri perform. Tak sabar nak tengok kau perform Haziq Pratama puisi. Demi sokongan member-member balik hometown nak tengok member . Tambah lagi event ni masuk free je. Tak kene bayar apa-apa pun. Tak rugi kalu korang bawa chick korang masing-masing. Nak beromantika kat situ.
Kalu betul antara korang ada yang intrested nak pergi event ni datang.

MENARA,222A & 224A,JALAN BERCHAM,TAMAN RIA,31400 IPOH
(BERSEBELAHAN BSN BERCHAM)
5 MAC,2011
SABTU
1.00 - 7.00 PM

Nak information lebih lanjut. Dekat flayers to ada number contact yang korang rasa nak tanya. Apa benda ni ? Ada apa ? 

Wednesday, February 23, 2011

Hati

Semua dah terlambat. Istilah dia mudah ,cepat dapat lambat habis. Tapi semua orang tahu bila sebut pasal cinta benda tu bukan barang yang boleh kita ambik, beli, dan buang. Tak mudah kita nak tambat hati orang dalam masa yang dekat. Even kita sendiri mengaku dulu ada peluang yang cerah .Kenal dah lama. Tapi itulah cuma hati orang ni kita tak boleh nak paksa.kita sendiri tolak bulat-bulat. Tapi tak bermaksud setengah orang dia tolak sebab dalam keadaan yang terdesak. Sampai satu saat juga dulu  kita sendiri pernah buat dia mengharap. Hari ni kita sendiri yang rasa ternanti-nanti ibarat buah yang ada di pokok jatuh ke tanah. Tak kisah la,kalu lelaki ke perempuan. Ego dengan estetika manusia pun dah tak ada dalam diri sendiri. Dah tebal malu , buat macam mana pun,sokongan kawan-kawan pun. Hakikatnya hati orang tak boleh di paksa. Cuma tuhan berikan hati ni . Bukan orang lain  dapat ubah, tapi diri sendiri.




Tuesday, February 22, 2011

KASIH SEORANG ABANG


Assalam alaik, ketemu lagi kita sekian kalinya. Hari ini hatiku terusik lagi melihat sekeping gambar yang benar – benar menyayat rasaku hingga terasa dalam benar dan sempit ruang dadaku. Oh berjam – jam aku merenung gambar itu dengan penuh kerendahan bahawa hakikatnya aku manusia...Dia Maha Kuasa.... Betapa selesanya aku dibumi ini sehinggakan aku hanyut dalam kemewahan dunia tanpa menyedari masih ada anak bangsaku yang merempat di bumi sendiri. Oh betapalah kita ini sudah menjadi bangsa yang mementingkan diri sendiri dan sudah melupakan tatacara kelakuan manusia yang diajarkan Islam.

Anak – anak ku gemuk dan terlebih makan, tatkala aku melihat gambar itu hatiku remuk melihatkan anak – anak itu sudah melihat kejamnya metropolitan ini memperlakukan mereka. Adik beradik itu tertidur di tepi tangga dalam keadaan compang – camping tidak terurus, jauh sekali bezanya dengan anak – anakku. Penuh atau kosongkah perut dua beradik itu? Hatiku menangis tanpa ada yang dapat menghalangnya...memikirkan soalan itu. Manusia maanakah yang tidak punya perasaan mengerah tenaga dua anak kecil itu demi mencapai hajat hatinya. Mungkin inilah sebabnya Muhammad membawa Al Qur’an bagi merahmatkan alam ini, dengan setiap dari kita berkasih sayang tanpa mengira kaya, miskin, gemuk, kurus, saudara, kenalan, jiran mahupun sesama manusia tanpa perlu mengenali latar belakangnya.

Kadang kala Allah menunjukkan sesuatu pada kita dengan cara Nya yang tersendiri bagi menyedarkan kita. Aku sangkakan aku berasa susah kerana kekurangan wang, kurang tidur, kurang makan, tapi bila saja aku terpandang gambar itu betapa aku mengakui bahawa Maha Berkuasa Nya Dia yang menentukan segalanya. Bahawa ada manusia yang lebih susah daripadaku. Ampunilah aku yaa Allah atas kealpaanku...

Betapa aku sedar selama ini aku berjalan dengan bongkaknya di atas bumi ini. Marilah manusia!!! Sama – sama kembali ke Jalan Allah berlandaskan Al Qur’an dan Sunnah yang ditinggalkan Muhammad agar tiada lagi anak – anak saudara mara kita atau anak siapapun yang merempat di tepi jalan meminta sedekah. Marilah saudara seislamku sekalian.

Tuesday, February 15, 2011

Terumbang - ambing

Hurm, duduk je campus ni, macam-macam dugaan datang. Tambah-tambah masalah peribadi. Dah suka,dah minat, tapi itu lah kadang diri sendiri yang cari penyakit. Tak tahu lagi nak buat apa. Kadang kalu kita betul nak buat baik dengan orang, nak dekat dengan orang. Nanti orang kata kita ni over,ambik hati je lebih. Rasa malu pun ada ,dan membuak-buak dah hati ni. Tapi kedaan dulu membezakan kut. Tak sama dah macam sekarang. Kadang hati orang pun kita tak tahu,apa yang dia nak. Sampai terpikir juga la diri sendiri ni bukan estetika orang yang dia cari. Kawan pesan, cuba usaha lebih sikit, tak usaha macam mana nak dapat . Nak usaha macam mana, kalu kita sendiri tak pasti kalu orang tu sendiri memerlukan kita. Kalu nak cakap diri sendiri ego, cukup susah,sampai bila pun tak habis. Bila tenung lama-lama sejuk hati tengok ni. Kadang buat diri sendiri terpegun,terkesima pun ada. Tak tahu la sedar atau tidak, kadang diri sendiri terasa macam di belar. Erti kata lain syok sendiri
Sambil menyelam kita minum air. Sama juga perasaan kita. Kadang kita rasa suka, kadang tak. Dalam masa yang sama hati ni  mula berbelah bahagi dengan orang. Tambah bila kita ada perasaan yang lebih, sama ada dia tahu atau pun tak tahu atau buat-buat tak tahu. Teruja bila dapat tahu, kadang rasa di beri perhatian,dalam masa yang sama depan mata jadi di sebalik ye. Konon ye mendapat harapan yang menunjuk kan yang diri masih di perlukan. Tapi bila dapat tahu, hati pun terasa hiba juga diri sendiri terasa di tolak ketepi. Kalu bersuara, diri sendiri mesti di persalahkan. Benda tu juga la hakikat dan fitrah manusia. Lelaki tetap di persalahkan.

Perasaan lagi bertambah malu,bila rasa diri ni menjadi bahan atau di pergunakan orang lain, semata-mata untuk memalukan untuk orang lain juga. Rasa kesian dan rasa bersalah juga la. Mahu rasa tak bersalah, dalam segolongan kaum adam ni, kalu aku la bukan orang yang terpilih atau di sayangi oleh kaum si hawa. Malu tak malu la. Kadang diri sendiri terlampu meletakkan harapan yang tinggi untuk menambat hati si kaum hawa. M.A

Thursday, February 10, 2011

Pantai Merdeka


29 Jan Intro Camp dekat Pantai Merdeka. 3 hari juga la berkerah tenaga. Naik je sem dua ni. Sebuk dengan outdoor. Belajar entah ke mana la juga.  Paling sakit hati kat intro camp ni, BURN BABY BURN. Elok la sangat semua yang pergi ni ,dah jadi macam anak keling. Pakai la mekap tebal mana pun, inner ke, kulit semua sama jenis. Sapa yang dah gelap tu ,gelap la sampai ke sudah. Exspeacially mamu la. Sory babe. Sebelum gerak tu dah terasa dah penat. Dengan angkat kayak ye. Elok la sangat,belum sampai kem lagi, kepala ijan jadi mangsa kayak jatuh atas kepala.sakit tak sakit la juga. Masuk je dalam bas. Semua excited tak sabar sangat nak kem . Sebelm sampai Pantai Merdeka tu, tibai la dulu makan,melepas hajat ada,berasap ada,ada yang tak habis-habis tangkap gambar tu, Orang kata tak sampai kem lagi memory dah penuh. Pelik tak pelik la ghairah nak pergi intro ni. 

Sampai je Pantai Merdeka, lori barang pun dah sampai. Nak tak nak kene la buat, Nama pun kem untuk sendiri. Tak akan nak bagi fasi buat kan. Ada yang kemas bahagian dapur la,base camp la,sick bay dan lain-lain.Penyudah ye aku buat gantung banner je. Ambik masa ber jam-jam juga la. Pemalas gila. Time nak buat camp ni,target masa punya la dua jam, Batch Gracilis ni la paling slow,pecah record buat sampai 4 jam. Basa camp kendur macam tak serupa camp la .Tapi boleh terima lagi la. Setakat kene tiup angin tepi laut tu, tak la terbang .Tapi camp ni tak terasa sangat, jus buat dekat perkampungan. still bunyi la itik,ayak ,megembek ye. Yang seronok tepi laut la. Malam je nauzubillah la juga sejuk . Elok yang pakai boxer je malam tu. Berlapis la juga pakai. Hari petama dah kene basuh dengan senior,elok pakai dah lawa-lawa,laut jadi mangsa kene berendam guling guling atas batu karang yang dah mati. Elok la sangat,sakit dapat malu dapat.
Masuk je second day. Babi tak babi la.Second Day bagai nak rak jugalah penat ye.Dalam sehari tu, dua aktiviti, Nampak je dua. Sakit la juga, pagi tu kayak dari Pandai Merdeka sampai Tanjung Dawai. Jauh tak jauh la juga . Tambah-tambah dapat partner kayak susah-susah, nasib la. Kayak paling belakang. Tapi nasib baik la aku dapat partner kayak ok . Sampai Tanjung Dawai tu, melantak sampai lebam, tapi duit ada RM5 jela. Lepas tu patah balik kayak balik Pantai Merdeka. Ceritanya burn la juga kulit ni, Elok la sangat boleh di kategori kan sebagai warna india .

Balik tengah hari tu, elok la sangat,tibai lagi makan. Perut pun dah naik buncit hati pun senang sikit, badan naik sakit,tangan pun naik lenguh. Petang tu pula pergi trekking and basic survival. Kaki naik lenguh la juga even benda tu dekat. Tambah- tambah petak kepala nak buat,bagi 3 batang mancis hidup kan api. Kepala pun naik pening asik meniup je. Baju pun bau asap. Lepas tu masak apa yang dia bagi. Makan ramai-ramai. Elok la balik tu pula kene basuh,muka kene sapu dengan apa benda tah. Elok jadi kulit coklat,balik tu jadi kulit hitam.Balik tu pula. Tibai makan lagi. Elok pergi kem ni badan naik kurus, penyudah ye serupa macam duduk rumah sebulan ,makan tidur makan tidur.

Hari last day tu, paling terbaik la. Time tu la belajar flying fox dengan abselling. Tapi tak tinggi mana pun la. Balik tu jadi tukang masak pula,masak untuk 160 orang, sedap tak sedap tibai juga la. Sampai tak habis . Siap-siap kemas barang,dengan peluh-peluh ye, Lepas tu masuk je bas,5 minit je dah senyap semua tidur. Sampai je campus kumpul susun barang then balik. Seronok la juga intro camp ni. Nak tak nak kene juga pergi sebab markah kene bawa untuk ke final.